Monday 26 November 2012

Sedang Kita Dalam Kesenangan.

Bismillah.
Assalamualaikum. Fuuhhh pejam celik pejam celik dah seminggu lebih wa tak update blog. Wa takde
mood takde feel nak tulis. Ececeh. Bajett. Dah seminggu lebih ni, mesti ada yang rindu kat wa kan ?
Haaa ngaku cepat ngaku cepat ! ketuk karang ! dushh *lempangmukasendiri*

.........................................................

Maaf dengan mukadimah yang macam minda tak cukup zat. Kena makan lebih banyak kismis atau kurma agaknya ni. Keh3. Okay sebenarnya selama ini ada suatu perkara yang memang hampir saban hari aku fikirkan, diperdengarkan, ditayangkan which is about our sisters and brothers at Gaza. Masha Allah, aku sangat kagum dengan semangat mereka, iman mereka, ukuwah dan jihad yang mereka taburkan untuk mempertahankan diri, bangsa, dan negara terutamanya agama yang disebarkan kekasih Allah, Nabi Muhammad saw iaitu ISLAM.

Sungguh aku kagum dan rasa rendah diri serendah-rendahnya bila dibandingkan dengan mereka. Sebab apa ?  Sebab kita di sini dilimpahkan dengan pelbagai nikmat dan kemewahan, kesenangan dan jauh dari kesusahan mahupun peperangan. Sedang mereka dalam kesulitan, ketakutan dan kesusahan. Aku goyah bila cuba meletakkan diri ditempat mereka. Itu menyebabkan aku sentiasa ingatkan diri ini untuk bersyukur dengan segala nikmat dan kesenangan yang ada terutamanya nikmat teragung, Iman dan Islam.

 

Seriously aku tak sanggup nak letak apa-apa gambar even gugel tentang kesan peperangan dan kekejaman yahudi kepada penduduk Palestin. Tapi apa yang cuba aku sampaikan disini ialah BERSYUKUR. Dan pelihara UKHUWAH kita sebagai saudara sesama Islam. Yahudi dan syaitan takut dengan silaturrahim yang erat dan bersatu dalam kalangan umat Islam. Jika umat Islam sendiri retak dan berpecah belah, bagaimana umat Muhammad akhir zaman ni nak maju ? Bagaimana dengan kedudukan umat Islam di mata dunia ? Jadi sama-samalah kita perbaiki. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Dan bersangka baiklah (husnuszon) dengan saudara Islam yang lain terutamanya dengan keluarga dan sahabat sendiri :)

Allah swt berfirman dalam surah Al-Hujuraat ayat 10 : 
''Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah antara saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat''



Mari teruskan berdoa buat mereka walaupun gencatan senjata menjadi janji manis Yahudi laknatullah. Meski kita tidak punya M16, tidak mampu memacu RPG, tidak kaya untuk membeli peluru berpandu dan jet pejuang canggih, yakinlah senjata terbaik mukmin ialah Doa :)


2 comments: