Sunday 26 January 2014

With Heart I Try To Explore

Bismillah.

Sepanjang bulan januari ni dah ada macam macam events sama ada kat fakulti mahupun kolej. And they are exciting !! Haaaa kemain nak nak tunjuk eksited kan.. Dari program The Rendezvous Battle (TRB), pesta kebudayaan, Maulidur Rasul hinggalah ke program terakhir untuk sem ni bagi SMF which is program White Day !

W.H.I.T.E Day - With Heart I Try To Explore is like a motivational programme to expose high school students to medical field. Total ada 3 sekolah (88 org), SMK SAAS, SMKA Seksy 18, SMK Seksy 19 and all from Shah Alam, mostly form 5 science stream. A night before programme aku tumpang tidur rumah nad kat shah alam sebab both us jadi pengiring SMK Seksy 19. And nad layan aku baik saaaaaangaaat. thanks nad !

Nama program pun white, so tema baju pun ala-ala putih seputih lab coat gitus. Lemme shows the pictures which worth a thousands words :)

A night before the programme :

Seronoknye tengok depa senyum. Adik adik sekolah belum smpai dah excited wiwiwi :p

 And yess the day finally come ! :

A great talk from Dr. Aishah. Soooo inspiring ! Lebyu u doctor

Jenjalan buat tour satu fakulti :
In Museum



So sorry adik adik manis. I just adore yr expressions ! hehe

In Anatomy Dissection Hall (ADH)

 Haaa eksited semua first time jumpa cadaver !

In Clinical Skills Lab (CSL)

 What to do when someone tercekik ? hmmm

 Can you feel my heart beat yeaww ?
Adik ni lawak sangat sebab muka terkejut gile siap melompat bila dengar heartbeat 
sendiri guna stethoscope. And again I love their expression !

Towards the end of our meeting : 



 Adik adik SMKA Seksyen 18


 masing masing muka pandang arah brbeza sebab banyak camera lain
 sampai tak tahu mane satu dah haha

They also had a simple blood test, how ECG works and looks like, using spirometer and etc. Ekceli banyak sangat sangat gambar sampai aku decide ambik gambar dari phone sendiri mahupun whatsapp je. Tak teringat pulak nak ambik gambar kat tour place selain di atas. And becoz I don't have that big DSLR :p haha

Thank u kat semua. Well done uolls ! (Y) Moga adik-adik dapat learn something new and hopefully its benefit for them. Kitapun serba sedikit belajar dari telatah mereka kan. I hope at least they learn s'mthing :')

Akhir kata, pengorbanan tidak mmerlukan penghargaan. Andai ikhlas sntiasa di hati. Andai visi dan misi jelas mencari redha ilahi. InsyaAllah. Jgn rebah sbelum brjuang !





Tuesday 14 January 2014

Saat Diri Dirasakan Jahat.

Bismillah.

Pernah tak rasa diri sendiri jahat ? Pernah tak rasa pelik bila orang kata kita ni baik, sopan, ayu gitu (bukan aku la kan -.-'') tapi jauh sekali untuk diri sendiri rasa macam tu. Selalu je rasa Ya Allah, jahatnya aku. Macam-macam perkara buruk yang aku buat. Rasa nak lempang diri sendiri T_T

Mukadimah yang tetiba je bagi soalan macam tu. Soalan yang hanya hati mengetahui. Terasa diri diisolasi dan hati meronta belas dan kasih Ilahi. Sedangkan jika kita mengetahui hakikatnya, takkan pernah kita seorang diri kerana Allah sentiasa mengasihi dan mengiri liku kehidupan kita sehingga mati.

Saat kita merasa sangat sedih mahupun terlalu gembira, ingatlah Allah. Saat kita merasa orang lain lebih memahami akan kepayahan dan kesusahan kita, ingin kita kongsikan kepada mereka, ingatlah Allah. Saat diri merasa tidak tenang, resah gelisah yang mencengkam hati, sesalan yang meruntun diri, ingatlah Allah. Saat kita merasa sunyi, terasa tiada yang menyayangi, ingatlah ALLAH.

Kerana Allah yang menciptakan kita. Allah yang paaaaaling memahami kita. Allah yang lebih mengetahui perasaan dan keadaan kita. Allah sentiasa bersama dan menemani kita. Dan Allah lah yang paling kasih akan kita, melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya.

Hidup ada naik turunnya. Sungguh manusia takkan puas selagi bernafsukan dunia. Moga dijauhkan kita dari cinta dunia. Moga didekatkan kita akan cinta pada Allah dan kekasih-Nya.


Jom lakukan perubahan positif. Walau sekecil mana di mata manusia perubahan yang baik itu, kita teruskan. Anjakan paradigma yang sentiasa menghiasi hari. Moga hari esok lebih baik dari hari ini dan seterusnya. Moga kita, orang muda yang dikurniakan kudrat disamping semangat yang kuat, akan sentiasa teruskan perjuangan. Kerana terlalu banyak yang perlu dilakukan. Kerana masyarakat kita sedang tenat. Ummah kita belum cukup kuat. Iman sentiasa berbolak balik, perlukan pengisian rohani dan jasmani yang sihat. Moga setiap langkah yang kita lalui setiap hari membawa kebaikan. Dirahmati dan diredhai. Menjadi bukti perjuangan Nabi Muhammad s.a.w itu tidak akan pernah sia-sia. Takbir !

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ






Sunday 12 January 2014

R.a.n.d.o.m

Bismillah.

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Allah masih dan sentiasa sayangkan kita. Masih mampu bernafas dengan sempurna. 

Sedar tak sedar dah empat lima bulan jadi student degree kat uitm terchenta. And a little bit more time I'm going to enter 20s. Ya Allah cepatnya masa ! oh terasanya tua. Tertanya apakah kebaikan dan sumbangan selama hidup dua abad ni. Sungguh diri perlukan sentuhan dan didikan rohani setiap masa. Sungguh ilmu masih kurang di dada. Sungguh banyak lagi tugas kita sebagai khalifah dan hamba-Nya. Every hearbeat is too precious.

Cekidout the last post yang aku tulis, sudah terang lagi bersuluh dah berkurun tak hapdet. Perkataan ''berkurun'' digunakan untuk menggambarkan hiperbola disitu. Bajet je pikir nak citer tu nak share ni kat blog. Last last, nothing. Heh. Windu punya pasal nak usha blog sendiri, terdetikla untuk menulis satu post yang tiada motif dan tujuan nih T_T Terlalu banyak untuk diceritakan. Biarlah ia menjadi kenangan dan memori untuk dihargai. Wiwiwi dah kenapa semacam je ayat nih ?! positip ye positip

Al-kisahnya baru habis progress test yang ketiga jumaat lepas. Dah PT yang ketiga baru rasa macam aku ni student medik. Err maksud aku, baru tahu ohh rupanya kena belajar macam ni macam ni. Masa kena manage macam tu macam tu. Style study last minute yang aku applikasikan sejak zaman sekolah memang tak boleh guna. Menangis la sorang sorang dalam hati kalau nak study last minute, 12 jam sebelum PT. Tak semenggah betul buat macam tu kan masa first PT dulu. MashaAllah rezeki je Allah bagi lulus tu. 

Memandangkan jumaat depan selangor cuti dengan hari thai pew sam nye, mood yang tengah menguasai sekarang ialah mood cuti balik rumaaaah ! Nota-nota yang memanggil untuk ditatapi semuanya tergendala. Soalan-soalan SGS yang minta dibelai telah dianaktirikan. Sampai pernah niat nak skip kelas PHPM petang khamis tu. Tsk tsk tsk tak baik cenggitu ye kengkawan. Oke kena reset niat balik lelaju.

Memandangkan ini hanyalah random post, setakat ni sahaja coretannya. Beta mohon undur diri. Salah silap harap dimaafi. Moga kalian doakan kami. Final exam lagi sebulan yeaw. 

Sudah beberapa bulan tahun yang ke 1435 hijrah kita lalui. May the time we'll be going through improve day by day. Aku akhiri post ini dengan pesanan Imam Al-Ghazali. May Allah bless us :)