Saturday 1 December 2012

New Chapter Of Sem 2.

Bismillah.
Aku tergelak bila tengok bilangan entri bulan lepas and bulan oktober. Sangatlarr berbeza bila dibandingkan dengan bilangan entri 2-3 bulan sebelumnya. Muehehe.. Memandangkan sem 2 nak bermula, aku eksaited ! But bila fikir balik muka terus jadi macam ni
.
.

I'm like what ? My semester break is really going to end soon ? Is it that fast ? Kenapa rasa macam sikit
je cuti ? (GiLa cakap sikit) Terus tak selera makan. Okay tipu. Selera aku makin bertambah sebelum naik sem ni. Macam takkan jumpa masakan mak aku ni setahun ! Ngeh3. Anyway, semua barang dah lamaaaa dah siap packing. Buku ? Errrrmm belum sentuh lagi. Perlu ke ? Keh3 *Insaf jap bila ingat result sem 1*

Okay, berita sedih and gembira datang bersilih ganti. Tu membuatkan aku macam tak betul sikit sampai headache hari-hari -.-'' *dugaan* So dikala mood ibarat hujan panas ribut taufan ni, adik aku yang dikasihi, sweet omey omey lagi pemurah menghadiahkan aku sepasang sandal. Wulamak, adik yang tak kerja, jimat-cermat kumpul baki duit sekolah, hadiahkan kakak dia yang tak berapa nak cute (aku) ni kasut baru ! Dia tahu kasut sem lepas dah rosak, banyak naik tangga palam *bajett* Tapak kasut haus giler sampai terkoyak sobsss T^T Tup tup dia nak belikan kasut (hadiah birthday). Birthday dia baru-baru ni pon aku tak belikan apa-apa. Siyes pOkai nih. sobsss sobss lagi. Terharu dalam hati woo adik belanja. Terharu habis :')

Bersyukur tak terkata. ALHAMDULILLAH, thank you Allah. I'm so pampered by family and parents. Ni aku nak balik palam je, kat selangor je, gaya diorang macam aku nak pi overseas je. Macam aku nak tinggalkan diorang jauh.. Macam tak jumpa lagi untuk jangka masa yang lama -.-'' Uishhh rasa nak tepuk tampar diri sendiri je kalau result next sem nanti tak gempak. But apa yang aku perasan, family aku termasuk mak cik mak cik kesayangan tak pesan pon belajar kuat-kuat, jangan lupa baca buku, selalu ulangkaji tapi diorang akan pesan macam ni,

'' Along, jaga diri elok-elok. Jaga kesihatan. Sembahyang jangan lupa.
Doa banyak banyak '' :')


2 comments:

  1. assalamualaikum GG...
    ..cantik kasut ungu tu?..haha.. anyway nice post,.tuh..haha.. good job..sila teruskan usaha anda. ^__^ chill

    ReplyDelete