Monday 26 November 2012

Sedang Kita Dalam Kesenangan.

Bismillah.
Assalamualaikum. Fuuhhh pejam celik pejam celik dah seminggu lebih wa tak update blog. Wa takde
mood takde feel nak tulis. Ececeh. Bajett. Dah seminggu lebih ni, mesti ada yang rindu kat wa kan ?
Haaa ngaku cepat ngaku cepat ! ketuk karang ! dushh *lempangmukasendiri*

.........................................................

Maaf dengan mukadimah yang macam minda tak cukup zat. Kena makan lebih banyak kismis atau kurma agaknya ni. Keh3. Okay sebenarnya selama ini ada suatu perkara yang memang hampir saban hari aku fikirkan, diperdengarkan, ditayangkan which is about our sisters and brothers at Gaza. Masha Allah, aku sangat kagum dengan semangat mereka, iman mereka, ukuwah dan jihad yang mereka taburkan untuk mempertahankan diri, bangsa, dan negara terutamanya agama yang disebarkan kekasih Allah, Nabi Muhammad saw iaitu ISLAM.

Sungguh aku kagum dan rasa rendah diri serendah-rendahnya bila dibandingkan dengan mereka. Sebab apa ?  Sebab kita di sini dilimpahkan dengan pelbagai nikmat dan kemewahan, kesenangan dan jauh dari kesusahan mahupun peperangan. Sedang mereka dalam kesulitan, ketakutan dan kesusahan. Aku goyah bila cuba meletakkan diri ditempat mereka. Itu menyebabkan aku sentiasa ingatkan diri ini untuk bersyukur dengan segala nikmat dan kesenangan yang ada terutamanya nikmat teragung, Iman dan Islam.

 

Seriously aku tak sanggup nak letak apa-apa gambar even gugel tentang kesan peperangan dan kekejaman yahudi kepada penduduk Palestin. Tapi apa yang cuba aku sampaikan disini ialah BERSYUKUR. Dan pelihara UKHUWAH kita sebagai saudara sesama Islam. Yahudi dan syaitan takut dengan silaturrahim yang erat dan bersatu dalam kalangan umat Islam. Jika umat Islam sendiri retak dan berpecah belah, bagaimana umat Muhammad akhir zaman ni nak maju ? Bagaimana dengan kedudukan umat Islam di mata dunia ? Jadi sama-samalah kita perbaiki. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Dan bersangka baiklah (husnuszon) dengan saudara Islam yang lain terutamanya dengan keluarga dan sahabat sendiri :)

Allah swt berfirman dalam surah Al-Hujuraat ayat 10 : 
''Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah antara saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat''



Mari teruskan berdoa buat mereka walaupun gencatan senjata menjadi janji manis Yahudi laknatullah. Meski kita tidak punya M16, tidak mampu memacu RPG, tidak kaya untuk membeli peluru berpandu dan jet pejuang canggih, yakinlah senjata terbaik mukmin ialah Doa :)


Friday 16 November 2012

Ada Apa Dengan Cuti Sem ?

Bismillah.
Bila dah masuk tahun baru bulan muharam ni, kita diseru untuk berhijrah. Macam-macam program Maal Hijrah dibuat untuk bagi kesedaran pada remaja kurang produktif macam aku. So aku  pon sedang cuba untuk mengamalkan konsep hijrah tu which is berhijrah ke arah kebaikan (ececeh). Yelarr, aku sedau yang aku kena berhijrah sebab banyak benau perkara tak berfaedah aku buat cuti sem ni. Tskk tskk 

Sekarang ni aku dah tak macam kelawar or burung hantu. Pagi tidur malam berjaga. Efeknya, mata aku yang rabun ni dah takyah pakai cermin mata. Eyebag teruk giler baq ang ! Ayah kata takyah bajet nak praktis macam doktor ada ''on call'' kena jaga malam ke hape. Rosak badan tau tido lawan arus jam. Ehh yeke yah ? Hmmm.. Patutlah otak lemau lemau tahap keropok masuk angin, jerawat pulak berlumba-lumba nak bertempek kat muka ! Grrrr -.-'

Lagi lagi, sekarang ni aku dah setat jeling jeling buku teks pearson sem 2 :) Aku buat entry ni pon aku jeling manja lagi. Ceitt ! What the fish ? Sem 2 tinggal lagi dua minggu hang baru nak jeling jeling. Belum pegang pon lagi wooii. Gebang lebih. Biau lew, itu improvement diri aku tau :)

Aku dah start buat laporan SMA. Penuhkan fail sdk. Wink wink *kenyitkenyitmata* Okay otak sewel jap pepagi buta ni. Bukan senang tau nak buat laporan. Aku memerlukan ketabahan, kerajinan dan semangat juang yang tinggi untuk menulis laporan kualiti tahap A++. Nanti nak tunjuk dekat Pres dengan TP, kena bodek bodek sikit bagi cair. Wakakaka

And lastly tengah cuba membuat persiapan secara mental dan fizikal yang kuat lagi jitu untuk menaiki tangga palam nanti. Letih woo naik tangga kejayaan tu. Tambah tambah student jimat cermat macam aku tak nak naik bas rapid tapi redah tangga palam. Dah sampai atas hidung kembang kempis tahan sempot. Lepas tu bajet buat muka cool jadi orang first sampai atas antara kawan-kawan aku. Muehehe.. *peace watlek cool

Sabar sabar. Aku faham. Aku faham entry ni merepek. Aku bosan tahap gajah duduk rumah so usha usha la blog sendiri. Jangan marah. Sabar tu separuh daripada iman. Kbai !


Monday 12 November 2012

Give You Reason, Take You Higher.

Bismillah.
Assalamualaikum. Sambil buat entry ni dengar lagu Waving Flag. Yes lagu FIFA World Cup 2010 tu. 
Best dengar lagu ni sambil aku bayangkan semangat teamwork yang hebat dalam sesebuah team. Hewhew. Okay, sila sedar diri. Lagi 3 minggu nak naik sem 2. Segala jenis buku yang berkaitan sem 2 perlu dijadikan sahabat setia. Segala jenis social networking perlu dikurangkan. Konon. Booo la boo la..-.-''

Here we go. When thought about palam, among the first thing that will come across my mind other than ''tangga kejayaan'' is my second big family there, which is them :)

Rindu :') K tak lawak. Takyah gelak. Masing-masing, sila terharu.

Aku sendiri pelik macam mana aku boleh terdetik hati nak masuk SMA ni. In fact, aku tak tahupun sebenarnya ape itu SMA. *Dulu. Betul, aku memang sukakan kerja organisasi macam ni dan pengajaran lepas banyak mengajar aku. But when I think back, it is so complicated to know the way I was bring there to be among them. MashaAllah, HE is the best planner anyway. Banyak hikmah sebenarnya. 

''WORK AS A TEAM, CLOSE AS A FAMILY''.

Dalam sesebuah team, confirm ade banyak dugaan dan cabaran. Kita diuji dengan susah payah, konflik dan bermacam masalah yang datang. Itu belum lagi masalah personal. Dari situ syaitan menjalankan kerja kerja hasutan di mana emosi menguasai diri, akan ade yang terlepas pandang dan salah faham akan mula timbul. Sangatlar teruji sebenarnya bukan? Pentingnya ukhuwah dalam sesebuah team untuk sentiasa berkerjasama dalam melakukan ape sahaja. Kesusahan, kesenangan, kegembiraan mahupun kesedihan.

''TEAMWORK MAKES DREAMS WORK!'' 

Kita datang dari background family yang berbeza. Cara hidup dan pandangan yang berbeza. Kena terima kelebihan dan kekurangan sesama kita. So, ''give and take'' among us is so important. Itulah yang mewujudkan persefahaman dan keharmonian. Aku juga sentiasa cuba untuk tidak menjadikan tugas dan tanggungjawab yang perlu dilakukan sebagai bebanan. Jika kita ikhlas, InsyaAllah, semuanya jadi mudah. Aku sentiasa ingat pesanan kak Mus, jantung hati kita semua. 
''Kalau kita permudahkan urusan orang lain, InsyaAllah Allah akan permudahkan urusan kita''.
Dan memang terbukti pun. Mesti ada antara kalian yang dah pernah rasa kan, urusan yang kita rasa sangat sukar tapi akhirnya sangat dipermudahkan. Alhamdulillah.. Communication is also important. Communication breakdown can cause very big impacts that you never imagine. Avoid that plisss. Tegur menegur dan saling mengingati jugak penting. So, aku kena terima seadanya dengan terbuka, rendah diri dan positif. # p/s:  Tegur dan betulkan aku kalau salah.


Tipulah kalau aku kata aku tak pernah rasa susah dalam team ni. Dan sememangnya benda tu menguji kesabaran dan kewanitaan aku. Tapi aku yakin, ade antara kita yang lagi susah. Sem depan lagi banyak cabaran and honestly sometimes I'm afraid when think of that. Why we do this ? Why we need to sacrife and help the foundation students for their benefits ? Why we have to think about the bundle of programmes need to be done in the next sem ? Why dont we only focus to our studies ? Why and why ?

Bear in mind dear. We are not meant to be unless Allah has planned that which is the BEST for us. Thus, instead of kita fikirkan masalah atau susah payah yang akan kita lalui pada masa akan datang, instead of kita fikirkan bebanan kerja yang perlu dibuat, why not we grow the positive thinking in our mind and makes the bond between us stronger. We are the chosen ones. And Together.Everyone.Achieve.More ! *TEAM

You know what, I love to see the pictures that bring us back to the moments whereby we are all
TOGETHER


M.A.K. - Kita ade tugu sorang kat belakang tu. muahaha

Bersama mantan, kak D. Hewhew. peace yaww !

Jangan risau adib, gambar kau ade. Kau bukan anak tiri dah xP

Ya Allah, kuatkanlah ukhuwah antara kami. Janganlah engkau sesekali membiarkan kami berasa keseorangan, kesedihan dan kesusahan seorang diri. Jadikan kami hambaMu yang soleh dan solehah, yang kuat dalam menghadapi segala dugaan dan cabaran. Kurniakanlah kejayaan yang cemerlang kepada kami di dunia dan di akhirat. Permudahkanlah bagi kami semuanya Ya Allah. Rabbi Yassir Wala tuassir.

And its not about the number of programmes and activities need to be done, its about the amount of times we spend together, sharing all the hardships and happiness and gives full commitments to complete our missions succesfully ! And at the same time struggling together for flying colours results. May Allah bless. See u ALL on the next sem :')


Entry ni sebenarnya peringatan kat diri aku sendiri. Cuba jadi positif dan terus maju. Aku pon nak result gempak bila graduate asasi. Lets move forward guys ! SMA02 Together we move !

Salam Maal Hijrah :)


Thursday 8 November 2012

Saya Hodoh Tapi Saya Okay.

Bismillah.
Assalamualaikum. Sekarang ni aku rajin berblog-walking. Banyak bacaan luas pandangan. Bagi aku
best lagi blog walking daripada hadap or beli buku tebal menggunung. Macam-macam
maklumat je aku jumpa. Teknologi dihujung jari beb. Hahahaha.

Bak kata amel, tanpa kita sedari, kita menjadi seorang yang judmental. Menghakimi luaran dan fizikal
semata-mata dan mencari kesalahan serta kekurangan orang lain. Kemon la, setiap orang ada kekurangan dan kelebihan. Ada yang cantik ada yang hodoh, ada yang pandai ada yang bodoh, ada yang gemuk ada yang kurus, ada yang tinggi ada yang rendah cenonet comel-comel gitu. Ehhh ? *jangan terasa plisss. Hahahaha 


 Dah taknak bebel lagi. Sila baca SINI :) Blog ni jauh lebih best daripada blog aku. Penulis dia pelajar perubatan tahun akhir. Doktor wooo. Pergi ah usha usha sikit blog tu. Rajin-rajinkan diri untuk tingkatkan pengetahuan. Instead of hadap buku MUET :'( Kbai !


“Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama. 
Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para
hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta.
Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri..”

Wednesday 7 November 2012

Kita Dan Sang Rama-rama.

Bismillahirrahmanirrahim.
Blog aku berwajah baru. Weewittt sweet tak ? Kayfine aku tahu background ni sangatlar gurlish. Dengan bunga bunga bagai, macam blog promote bunga pon ade. Hahaha. Itu namanya gatal tangan. Entah macam mana aku curious nak explore blog sendiri lepas tu main tukar-tukar background. Tangan gatal lagi pi blog walking sampai website ibu mengandung pon aku terbuka. Wakakaka. Baca ayat tu bebetul. 'Ter' okay. Aku baca sikit je pon, info am untuk aku jugak. Untuk mak cik baru aku ke ? Muehehehe

Macam biasa introduction dan mukadimah aku melalut tak kena dengan tajuk. Back to the topic, aku terbaca blog yang bertajuk ''Kita = Rama-rama''. So aku terinspirasi untuk buat entry ni. Sila faham aku bukannya saintis atau doktor haiwan nak explain details tentang species atau characteristics fauna ni tapi sebenarnya nak kaitkan kita sebagai manusia dengan Sang Rama-rama yang indah lagi unik ciptaan Allah ni :)

Subhanallah. Look at its wings, simple yet attractive :')


Oh mak aii ! Aku menjerit and terkejut tengok gambar ni masa tengah seronok seronok cuci mata search gambar butterfly. *ok menjerit tu tipu, shock je. Hehe. Sebelum jadi rama-rama yang cantik lagi unik tu, dia akan jadi ulat bulu yang macam gambar atas ni. Kemudian jadi kepompong barulah akhirnya jadi gorgeous butterfly. Again subhanallah. Sangatlar unik kehidupan fauna ni. Daripada seekor ulat bulu yang hodoh dan menggelikan then jadi kepompong


and eventually jadi rama-rama yang sangat cantik !


Jom baca puisi ala pantun ni.

Rama-rama terbang merata,
hisap madu di pokok bunga,
sungguh cantik aneka warna,
tapi sayang hidup tak lama.

Begitulah juga hidupnya manusia,
hidup singkat nyawa sementara,
pada Allah kita doa bersama,
Agar jadi insan mulia,
Syurga menjadi tempat tinggal selamanya.

Perjalanan hidup manusia hampir sama dengan rama-rama. Menjalani beberapa fasa kehidupan, susah payah, dipandang rendah, penuh dugaan dan cabaran akhirnya menjadi seekor haiwan yang unik dan terbang bebas. Tapi sayang hayatnya tak lama. Sama seperti manusia. Yea, kita semua. Kita diciptakan dengan cukup indah dan sempurna. Dengan kecantikan dan kelebihan yang ada, tak perlu angkuh dan sombong kerana semuanya hanya sementara. Umur yang dikurniakan singkat dan ajal menjemput tanpa mengira usia. Dari Allah kita datang, kepada-Nya juga kita kembali. 

الله يبارك فيك والأيام القادمة
May Allah bless you and the days come.

Monday 5 November 2012

Hanya Angan Dan Impian.

Bismillah.
Assalamualaikum. Aku bersemangat gila buat entry ni. Kenape ntah. Tadi saje saje takde kerje aku
usha usha kereta mewah lagi cool giler melalui kawan baik aku, Mr. Google. Hewhew. Macam
macam spontaneous reactions antara aku and adek-adek yang takde kerja lagi busy body ni.

'' Perghhhh ! smart giler kereta AUDI R8 tu ''

''Along, titew nak kereta nih !''

'' Cooool ! Yang merah tu gempak ! ''

'' Nanti nak beli ah kereta macam ni ''

'' Along, yang kuning baru menyerlah ! Hahaha '' >>> me : huk aloh -.-''

 Audi R8 wooooo ~

Mr Porsche

Wuuuuuu ~ Volkswagen..

 Ferrari  *Aku tengok macam kereta Batman pon ade. Muehehe
  
Aku letak ciput je ni. Nanti ade yang muak. Aku kan caring and understanding. Hewhew. Mcam sepesen je kereta yang aku letak ni. Memang macam tu lah kot taste aku. By the way, dalam usha mengusha kereta-kereta mewah lagi mahal kemelampauan ni, aku tak lupa cari kereta idaman 'mampu milik'. Cehhh.. Bajet mampu beli -.-' In the future la maksud aku. Kalau nak beli yang kat atas ni, tunggu kayoo beratus ribu boleh laaa.. Kejayaan bermula dengan sebuah impian kan. Haaa... InsyaAllah :) Huhu

Vios Vios Vios !

Ni pulak, Honda Honda Honda ! Hahaha. Semmat tak semmat.

Dah dah. Korang takyah nak annoying sangat dengan entry ni. Think positive, take it as things 
that motivate ourselves to achieve our dreamss. Hahaha. Kbai


Sunday 4 November 2012

Risau Risau Risau !

Bismillah.
Uiissshh. Tulis tittle entry ni buat aku annoyed. Risau pe bendenye umur baru 18 tahun nih. Student
asasi je pon bukannya PhD. Duduk rumah je bukannya kerja susah payah kat sawah or toreh
getah cari duit nak bayar sewa rumah. Banyak lagi kena belajar tahu. *bebel -__-''
Berikut adalah faktor-faktor dominan yang menimbulkan kerisauan di hati :

1) Result sem 1 keluar hari jumaat depan which is 9 november 2012 !! Oh myyyy ! Gila tak cuak. Parents
    dah lama tanya since starting of semester break lagi. Nampak je muka aku cool peace peace senyum
    sampai telinga enjoy holiday sakan tapi aku neves. Gemuruh jiwa ni. Especially bila ingat balik macam-
    macam perkara GILA yang aku buat masa test 2 and final. Duuuhhhh..*pasrah

2) Secondly on the next day 10 november, Malaysian University English Test aka MUEKKK. Eh silap
    MUET. Hehe.. Orang kata ape la aku dok risau sangat ni. Watlek sudah. My brain is getting 'rusted' you
    know and I don't like to write essay. Hancusssss kot ~ *karangan BM aku suka gila :) hewhew

3) Aku tak start study lagi and tak sentuh buku langsung pon untuk preparation sem 2. Sem 2 lagi busy
    wooo. Tapi aku hanyalah insan lemah yang bukan malas tapi hanya kurang rajin untuk menghadap buku-
    buku tebal menggunung dan mudah distracted dengan perkara lain yang rilex, sempoi lagi tidak berfaedah.
    Dah tahu student nak rilex sempoi bagai. Pi lempang diri laju laju sekarang ! -.-''

4) Oh no, I've gained weight ! Sepanjang 3 minggu semester break ni aku dah gain 2 kg. Tahu tak betapa
    susahnya nak loss 2 kg tu bagi orang macam aku ? Dah tu, hang pi mencekik bebanyak tu buat hape.
    Order Herbalife cepat, stok dah habis. Sobbbbbss T^T

5) Last but not least, semester break tinggal kurang daripada 4 minggu je lagi. Memanglah aku
    rindu kat palam, kawan-kawan, lecturers, tangga palam. Oh cam tak caye aku cakap macam ni. Tapi cuti
    sem tinggal sikeeeettt. Waaaaaaa... *orang tamak cuti


Worried about something without doing anything is NOTHING. Ecececeh. Quotes baru aku. Hahaha..Aku slowly dah berjaya buang penyakit M, so I need to take another some drastic actions to overcome these sort of problems. Result sem tu memang tak dapat nak ubah lah kan *pasrah lagi. Bersyukur dengan apa yang ada. Try to be a better person day by day. InsyaAllah.


Kita kena selalu :) bak kata Hamdi. Bhahaha..