Sunday 30 December 2012

Sahabat Yang Baik.

Bismillah.

Assalamulaikum. Entri ni aku buat khas tentang sahabat. Rasanya sahabat orang kedua terdekat dan rapat dalam hidup selepas keluarga. Kita semua mempunyai sahabat atau istilah biasa, kawan. Bagi aku beza sebenarnya penggunaan istilah sahabat dan kawan. Orang yang baru 5 minit kenal aku dah panggil kawan. Sahabat ? *Interpret sendiri*
Pernah dengar tak ::

''Sahabat yg baik ialah yg sentiasa mengingatkan sahabat yg lain untuk mendekatkan diri kepada-Nya''

''Sahabat cermin diri kita yang sebenar''


''Sahabat yang baik ialah sahabat yang sentiasa mendoakan kebaikan sahabat yang lain''


''Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yang diwarisi dari nenek moyang'' ( Saidina Ali )


Terasa sikit and fikir dalam-dalam especially mutiara kata yang pertama dan terakhir. Agak sentap di situ :( Sebab rasa diri terlalu banyak kekurangan, kelemahan dan kekhilafan. Rasakan diri tidak layak digelar sahabat baik. Bukan sahaja sebagai sahabat but also as a muslim. I always questioned myself whether can I be ''sahabat sejati dunia akhirat ?'' Sahabat ketika senang sangat mudah dicari tapi sahabat ketika susah dan sedih, mudah tak ?

Spongebob and Patricks are best friends. I adore spongebobs's patience. keh3

Kadang-kadang percakapan kita disalah erti. Gurauan yang bagi kita biasa dianggap kasar. Perbuatan kita mengguris hati orang lain. Memang dalam persahabatan, perkara sebegini biasa kerana kita hanya manusia biasa. Punya perasaan dan pandangan yang berbeza. Kadang-kadang perbezaanlah yang merapatkan kita :) Itu semua dugaan dalam persahabatan.

But I'm sure we all want to be a good servant of Him, a good follower of Muhammad, a good children of our parents and family, a good brother/sister of our siblings and a good friend of our buddies :D Dalam persahabatan, di samping mencari sahabat sejati dan mengeratkan ukhuwah, sama-samalah juga kita mencari keredhaan Allah. Perbetulkan dan tegurlah aku sekiranya silap. Nasihatkanlah aku ketika aku leka dan lalai. Ingatkanlah aku ketika aku lupa dan alpa. Doakanlah kebaikanku dan kita semua. May Allah bless us all. Amin..

Hak seorang kawan,
Jika engkau tidak mampu memberi bantuan kepadanya,
 janganlah pula engkau memberi kesusahan kepadanya. Jika engkau tidak mampu menggembirakannya, janganlah pula engkau mendukacitakannya. Jika engkau tidak mampu memujinya, janganlah pula engkau mengejinya." 

                                     Moga kita menjadi khalifah yang sentiasa mengajak ke arah redha Allah :) 



Saturday 29 December 2012

Shopping Buku

Bismillah.

Apa habaq hampa semua ? Kalau sihat, bersyukurlah Alhamdulillah. Andai Allah beri sakit, bersyukurlah jugak kerana sakit itu penghapus dosa kecil. *mukadimah utagha sikit*

Beberapa hari lepas aku dengan family kesayangan pergi Mahkota Parade and Dataran Pahlawan. Haaa berpuluh hari dah tak pergi sana. Lama tak lama hihi. Niat di hati nak shopping baju, nak jalan-jalan, cuci mata usha orang ehh tak usha baju la. Tup tup satu baju pon tak beli. Aku lebih tertarik nak shopping BUKU. Ohh silalah percaya. Yea buku. Buku biasa je pun bukannya buku pearson hok tebal menggunung yang tak baca tuh. Wakakaka


Besau tak besau gambar nih. Haha.. Memandangkan poket kering ibarat kemarau, adik yang comel macam kakak dia ni pun sudi menghulurkan bantuan meringankan beban untuk membeli buku-buku di atas. Itupun setelah nafsu membeli dikurangkan. Tak dapat diskaun pun :( Bilalah kad 1siswa nak dapat hmm. Buku punya pasal takde hal la kan. Takpe, langsai dah hutang keh3

Satu buku dah habis, tinggal lagi tiga. Aku mulakan dengan habiskan buku yang nipis. Buku hok tebal ambik masa. Kang tak menghadap pulak tutorial tu. Buku kedua yang aku baca ni sangat besttt ! From my own perspective. Mukadimah dia je dah menarik perhatian. My favourite book currently. Bukan novel cinta semata, bukan juga cerita fantasi remaja mahupun cerita kawin je. Buku ilmiah yang sangat bermakna walaupun nipis je buku ni. Masih tak habis baca lagi.
On my way :)


Katakanlah jika kalian cinta kepada Allah, maka ikutilah aku (Rasulullah) maka Allah mencintai kalian dan mengampuni dosa-dosa kalian ( Ali Imran :31 )


Friday 28 December 2012

M.A.S.A.L.A.H

Bismillah.

Assalamualaikum. Memandangkan sekarang tengah mid-sem break, aku pon berniat melepaskan gian menulis entri sebanyak mungkin. Haaa gian kan -.-''

Masalah ? Ujian ? Cabaran ? Pastinya semua orang ada masalah. Dan sebenarnya aku agak admire dengan cara parents aku mengatasi dan menyelesaikan masalah. Sometimes I thought they need to face a very big problem but what they do are just stay calm and think deeply. Mereka lebih banyak asam garam nyerr.

Remaja macam kita pon ada masalah kan ? atau kita masih kanak-kanak ribena ? Tak kisah la sebab kita dah dikurniakan akal untuk berfikir. Kadang-kadang kita menganggap masalah tu sebagai suatu malam petaka yang teruk dan menyusahkan. Kita jadi stress dan tak boleh berfikir dengan tenang. Hati gelisah, belajar entah ke mana. We tend to face the problems emotionally and without we realize, we'd hurt other people's feelings. Ya Allah jauhkanlah keadaan sebegitu dari kami semua.


Ada yang mengeluh,
ingin gugur dan jatuh,
lalu dia berkata LELAH.

Ada yang lelah,
tubuhnya penat,
tapi semangatnya kuat,
dan dia berkata LILLAHI TA'ALA.

I learn a lot from people around. Anggap masalah sebagai suatu yang positif. Tidak mudah tapi memberi ketenangan hati yang selalu di cari. When the problems come, try to say
''Allah love me, He want to test my Iman and I know He'll be always with me :)''

Allah bagi masalah, Alllah bagi ujian, Allah bagi dugaan sebab Allah sayang. Bersyukurlah bila ada masalah. But bukan cari masalah. Heh. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Terpulang pada kita untuk pilih yang terbaik.

HE is with you wherever you are. Remember, you're not alone. ( Quran 57:4 )



Saturday 1 December 2012

New Chapter Of Sem 2.

Bismillah.
Aku tergelak bila tengok bilangan entri bulan lepas and bulan oktober. Sangatlarr berbeza bila dibandingkan dengan bilangan entri 2-3 bulan sebelumnya. Muehehe.. Memandangkan sem 2 nak bermula, aku eksaited ! But bila fikir balik muka terus jadi macam ni
.
.

I'm like what ? My semester break is really going to end soon ? Is it that fast ? Kenapa rasa macam sikit
je cuti ? (GiLa cakap sikit) Terus tak selera makan. Okay tipu. Selera aku makin bertambah sebelum naik sem ni. Macam takkan jumpa masakan mak aku ni setahun ! Ngeh3. Anyway, semua barang dah lamaaaa dah siap packing. Buku ? Errrrmm belum sentuh lagi. Perlu ke ? Keh3 *Insaf jap bila ingat result sem 1*

Okay, berita sedih and gembira datang bersilih ganti. Tu membuatkan aku macam tak betul sikit sampai headache hari-hari -.-'' *dugaan* So dikala mood ibarat hujan panas ribut taufan ni, adik aku yang dikasihi, sweet omey omey lagi pemurah menghadiahkan aku sepasang sandal. Wulamak, adik yang tak kerja, jimat-cermat kumpul baki duit sekolah, hadiahkan kakak dia yang tak berapa nak cute (aku) ni kasut baru ! Dia tahu kasut sem lepas dah rosak, banyak naik tangga palam *bajett* Tapak kasut haus giler sampai terkoyak sobsss T^T Tup tup dia nak belikan kasut (hadiah birthday). Birthday dia baru-baru ni pon aku tak belikan apa-apa. Siyes pOkai nih. sobsss sobss lagi. Terharu dalam hati woo adik belanja. Terharu habis :')

Bersyukur tak terkata. ALHAMDULILLAH, thank you Allah. I'm so pampered by family and parents. Ni aku nak balik palam je, kat selangor je, gaya diorang macam aku nak pi overseas je. Macam aku nak tinggalkan diorang jauh.. Macam tak jumpa lagi untuk jangka masa yang lama -.-'' Uishhh rasa nak tepuk tampar diri sendiri je kalau result next sem nanti tak gempak. But apa yang aku perasan, family aku termasuk mak cik mak cik kesayangan tak pesan pon belajar kuat-kuat, jangan lupa baca buku, selalu ulangkaji tapi diorang akan pesan macam ni,

'' Along, jaga diri elok-elok. Jaga kesihatan. Sembahyang jangan lupa.
Doa banyak banyak '' :')