Tuesday 30 October 2012

Different Perceptions In Life.

Bismillah.
Assalamulaikum. I'm inspired to write this entry. I once asked myself why people do things these way,  and why not the way I like things to be done ? The answer that come across my mind right now is, we all have different perceptions in life. We want to achieve different results. Different aims. Different believes with different expectations. Those differences will make our sayings, doings and thinking differ from others. We all have different way to express feelings and thoughts. We are unique in our own way.


Sometimes we didnt notice, a simple word can change people. Trust me, its does. It depends on how we intepret those words and actions by other people. But once we realize that actually we can learn a lot from observations and deep thinking. 'Watch and learn'. Life is not all in the books. 

Life isn't about finding yourself, it's about creating yourself - George Bernard Shaw


There is a time where i feel so demotivated. Feel lonely and isolated by others. In fact there are so many people behind me that always give supports and encouragement. That is the time when i need......


Yes. I need motivation. It's not necessary given by people and it's more effective if we motivate ourselves to achieve our dreams and get rid off the problems.

Anyway muhasabah diri merupakan jalan terbaik untuk memperbaiki kesalahan dan kekhilafan diri. Cukup dengan hanya duduk dan fikir sejenak kesilapan yang dilakukan hari sebelumnya. Dan pelajari dari kesilapan itu untuk persiapan hari esoknya. Memang setiap entri aku buat nak bagi sentap kat diri sendiri -.-' Accept the fact that mistakes are part of our life. Learn from our mistakes sometimes is the best way to improve ourselves rather than we dont even know what our mistakes is. May Allah bless :)

Sunday 28 October 2012

Art Of Deception.

Bismillah.
Assalamulaikum. Just nak share salah satu buku yang aku teringin nak baca since last sem. Lama ngidam wooo.. Kebetulan tadi pergi popular, cepat-cepat sambar buku nih. The last one kot. Sampai ada lah sorang mamat ni pandang pelik and tersengih-sengih tengok keinginan tinggi aku menyambar buku ni. Bhahaha..

The author Jerry D. Gray, mantan ejen M15 iaitu bekas perajurit Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) yang kini telah memeluk Islam. Alhamdulillah, he got the hidayah. Gonna enjoy this book soon. Hopefully will get something good as lesson learnts :)


By the way, dah lama tak mingle around dengan family. Dapatlah jugak keluar after 2 weeks semester break ni. Secret recipe jadi makan malam. Hewhew *tambah lagi kilossss..

my youngest sister :')

Budak kecik bijak yang terlebih matang dan banyak cakap. Hahaha.. kbai !

Thursday 25 October 2012

MARAH vs SABAR.

Bismillah.
Wulamak, macam gempak je kan tittle entry aku *perasan. Orang lain tengah sibuk buat preparation sambut raya, aku pulak sibuk gatal tangan buat entry macam ni yang takde kena mengena langsung dengan Aidiladha..
Dah ilham datang tak diminta, layan je laahhh. Huhu..

Kenapa ada perasaan marah ?

Soalan senang lagi tak mencabar minda aku tanya kat diri aku sendiri. Sudah tentu ianya fitrah unik yang Allah ciptakan buat makhluk istimewa-Nya yang bernama manusia. Sebenarnya aku tetiba teringat balik zaman sekolah especially sekolah rendah. Aku rasa pelik dengan perasaan marah yang sangat cepat terhasil dalam diri aku dulu. Mudah sangat rasa nak marah ! Mudah nak melenting !


Hahaha.. Aku confirm ramai yang rasa tak percaye terutama bagi yang kenal aku since primary school. Tak perlulah aku describe macam mana but of course, my family know me better. Family aku lah satu-satunya orang yang mengenali baik buruk diri aku. Kadang-kadang marah tak bertempat -.-' Sekarang ?

Sekarang of cos perasaan marah tu masih ade. Takkan hilang terus kot. Haha.. But just remember that everytime rasa nak marah, kena fikir dalam-dalam. Fikir baik buruk dan keperluan nak marah tu sendiri. Kenapa nak mudah rasa marah sedangkan kita ada sifat sabar ? Sifat sabar merupakan anugerah.
Bukankah sabar itu separuh daripada iman. *sentap jap


Kadang-kadang timbul rasa yang sifat marah melambangkan kekuatan or kekuasaan dalam sesuatu perkara. Owhhh peliss lah liyana, buanglah negative mindset tu jauh-jauh. Sudah terang lagi bersuluh.
Nabi SAW telah bersabda :

''Kekuatan itu bukanlah ketika menang dalam pertarungan,
sesungguhnya kekuatan yang sebenar ialah apabila dapat menahan diri dari kemarahan''.


Moga kita semua dipelihara dan dijauhkan dari segala sifat negatif yang hanya akan mendatangkan keburukan pada diri sendiri. Salam Aidiladha..

Monday 22 October 2012

Along Bersyukur Tak ?

Bismillah.

Dua hari yang lepas aku dengan family pergi KPJ Seremban. Melawat salah seorang mak cik kesayangan yang sakit. Diharapkan lawatan kami yang sementara sedikit sebanyak menggembirakan beliau. Moga beliau cepat sembuh, dipermudahkan segala rawatan yang diterima dan sihat sekeluarga. Amin..

By the way, dalam perjalanan, tetiba ayah aku tanya soalan cepumas lagi menyentap jiwa nih

Ayah : Along, along rasa bersyukur tak ? Dapat masuk u, kelengkapan semua ada. Tak pernah kurang.

Aku   : *sentap jap and fikir. Alhamdulillah, mestilah bersyukur. Semua cukup. Sebulan sekali ayah ibu
             datang melawat. Barang-barang semua cukup. Pergi balik u berjemput, berhantar. Kawan along
             yang duduk jauh tu susah payah kena pergi KL Sentral, TBS semata-mata nak naik bas balik
             rumah. Lepas tu perjalanan balik berjam-jam. Setakat Melaka-Palam ni 2 jam setengah je.
            *bersyukur especially bila teringat kawan-kawan yang hidup susah

Ayah :  Haaaa.. Tahu pun. Ayah dulu pun macam tu jugak. Orang dulu lagi susah. Atuk dengan
            wan bukannye banyak duit. Nanti dah besar jangan lupa ibu ayah, keluarga, wan, mak mok.


Aku    : InsyaAllah tak lupa yah.. *speechless and malu dengan diri sendiri

So ape sebenarnya moral of the story yang boleh kita dapat dari soalan pendek macam tu ? Hmmm.. Let me clarify on something. Bila dah masuk universiti ni, kita akan jumpa macam-macam orang dengan macam-macam ragam sebab kita semua datang dari background family and cara hidup yang berbeza. Kalau kat sekolah, nak cari kawan yang sekepala je, and kalau ada buat salah, parents and cikgu boleh tegur.

Tapi kalau kat u, memilih sahabat ibarat memilih jodoh. Ceewahhh.. Huhu.. Seriously, berbeza dengan kawan, kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. But sahabat, orang yang selalu ade dengan kita, ketika senang dan susah, sedih dan gembira. Sahabat jugaklah yang akan tegur salah dan silap taktala kita jauh dari family. Itulah salah satu kepentingan memilih sahabat. Here, we also need to be more open minded, always try to accept the good and the bad side of people around us and give attention to other people thoughts and opinions. Applying the ''give and take'' is a must when we deal with people especially in an organisation. Owhh sorry for my bad english. Tak semestinya spm english A+ boleh speaking english gempak punya kan ? Haaahh.. >.<


The conclusion ? Back to Allah :) Ingat balik segala nikmat yang Allah bagi, kesenangan yang ade. Dan bila kita diuji dan diduga dengan cabaran, kesusahan mahupun kesenangan, ingatlah, Allah pencipta segalanya. Suka aku petik kata-kata renungan dari salah seorang pembaca blog aku,

Sesungguhnya kita hambaNya yg lemah.. Punya keistimewaan & keaiban tersendiri. Tidak sume keistimewaan memberi kebaikan dan juga tidak sume keaiban membawa keburukan. Jadilah hamba yg sentiasa bersyukur, nescaya Allah SWT akan sentiasa melindungi diri dari perkara yg tidak dikehendaki. 



May Allah bless :)

Saturday 20 October 2012

Renungan Dari Sahabat.

Bismillah.
Dah lama dah nak publish simple post ni tapi simpan dalam draft sebab tak berkesempatan masa duduk sem 1 kat palam. Setelah penat berprogram dan tidur yang tak menentu, Allah menghantar seorang sahabat yang berpesan sesuatu buat renungan diri. Sebagai pembakar semangat untuk melaksanakan tugas sebagai pemimpin. Dan sebagai penyejuk hati *thanks friend :)

Dalam hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :
Sesiapa yang melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia nescaya Allah akan melepaskan kesusahannya di akhirat. Sesiapa yang memudahkan orang yang kesusahan, nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup (aib) seorang Muslim, nescaya Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan akhirat. Dan Allah selalu menolong hamba-Nya jika hamba tersebut menolong saudaranya. - Riwayat Muslim


Hayati hadis ini menimbulkan keikhlasan dalam membuat sesuatu perkara tanpa sebarang rungutan mahupun paksaan. Sesungguhnya amanah dan tanggungjawab yang diberi perlu dilaksanakan sebaiknya. May Allah bless us. InsyaAllah.

Friday 19 October 2012

Benci Si M !

Bismillah.

Haaa.. Nampak tak free time yang aku ade sampai boleh nak update blog almost setiap hari. Masa ni lah nak habiskan masa dengan mukabuku, twitter, viber, whats app, skype dengan jiran sebelah rumah, hadap lappy tak ingat dunia, ngorat abg posmen. Ehhh.. boleh ke macam tu ? Hahaha.. Tipu je. Nampak sangat takde kerja tapi cari pasal. Duduk rumah selain jadi penganggur terhormat, bina lemak buat stok supaya sempot naik 'tangga kejayaan' palam sem depan. Sia-sia je loss 10 kg duduk PAlam tu. Fuuhhhh.. Tarik nafas kejap.

So, the conclusion can be made based on the introduction above is my M cronic disease is coming back !! Do you know what is the letter M stand for ? It's neither Mercedes, Morocco, Messi, nor Michael O Johnson
(chief executive officer of Herbalife) but M.A.L.A.S. Or dalam bahasa spanishnye L.A.Z.Y.


Benci penyakit tu. Seriously. Aku yakin setiap orang ade penyakit ni. Apa yang membezakan kita ialah macam mana kita nak atasi rasa, sifat dan penyakit M tu dan buang dia jauh-jauh dari hidup. Bahaya wooo penyakit ni kalau tak dirawat. Yea. Betul. Bahaya.

Maybe akan ade orang yang rasa nak lempang diri aku laju-laju sebab tak reti nak appreciate masa, tak buat aktiviti yang berfaedah masa cuti panjang ni selain hibernasi. Owh maluuunye. Dah dah. M, pergi main jauh-jauh.. Jangan nak menggedik dengan aku masa cuti nih. Sila sibukkan diri dengan memasak, kemas rumah, sidai lipat baju bagai, and buat kerja SMA yang tengah senyum-senyum nak ngorat aku. Hah

Doa untuk orang malas macam aku.

I'm going to fight my M disease. I'm an active teen. Hibernation is not the only thing I can do during my semester break. Come on liyana ! Do something beneficial ! Okay, entry ni annoying. Kbai


Thursday 18 October 2012

Aebit dan Bunny.

Bismillah..

Tetiba teringat kat my beloved pet yang dah arwah masa aku baru sebulan kat palam. Aku and adik no 3 teringin nak bela salah satu spesis rodent yang comel lagi cute yang nama generalnye rabbit a.k.a arnab. Yang sekor kecik-kecik je badan dia namanya Aebit, sekor yang tembam sikit nama Bunny. Entah mana ntah datang nama tu. Haha.. Tapi kesian kat Aebit ni. Baru 2-3 bulan dibela dan ditatang bagai minyak yang penuh, dia jatuh sakit and eventually died. Masa tu adik call and said along, Aebit dah mati.
Waaaaa... rindu aku la tew T_T

Aebit & Bunny

Aku sayang lebih kat aebit sebab dia ni baik, dengar cakap, sopan lagi pemalu. Macam tuan dia jugak lah kan. Haha. Description 'personafikasi' yang hebat aku buat untuk aebit ni. Huhu.. Lagi satu aebit tak kuat makan macam Bunny -.-' and nak mandikan dia pon senang. Kau main dengan aebit ni and nak cakap apa pun dengan dia cakaplah, its like faihtfully listen to your story :')

Sopan santun je makan, macam aku. muehehee.. xP


Masa berlalu dengan cepat and umur Aebit tak panjang. Betullah kata Afi, sibling SMA. Allah selalu ambil orang dan sesuatu yang kita sayang. Ada hikmah disebaliknya. Just trust that Allah is the Best planner. Kesian Bunny tinggal sorang. Dah la aku balik 2 bulan sekali. Hopefully aku dah buat yang terbaik sepanjang bela dia walaupun dalam masa yang singkat. Good bye Aebittttt... :'(


Wednesday 17 October 2012

Great Journey :')

Bismillah..
Assalamualaikum. Lama dah aku tak update blog. *intro bosan -___- 
Busy woo dengan assignment, quiz, report, test, final, bla bla blaaa ~ Okay, memang tak patut salahkan semua tu. Macam orang lain ade extra hours pulak dalam life diorang. Rindu giler nak update blog, kalau ikutkan aku boleh create at least 5 entries sepanjang duduk kat palam, tapi semua tu simpan senyap senyap ketat ketat dalam hati dan akhirnye jadi debu-debu suci dibawa angin. Hiperbola tak hiperbola ayat aku ? Ngehehee..

And sekarang tak ade alasan untuk aku buat semua benda yang tertangguh tu sebab sekarang,
Semester Break ! uhuu uhhu ! siap highlight pinkk lagi aku tulis. Haaaa.. lama dah aku tunggu kau
Mr. holiday, come to Mama come ! hahaha. Terlebih sudeeeehh..

Sepanjang hampir 4 bulan aku duduk kat kondominium mewah lagi selesa kat PAlam tu, macam macam benda yang aku belajar yang aku rasa and itu pengalaman hidup yang sangat berharga bagi aku. Rasa menyesal pulak pergi nangis malam-malam masa result UPU keluar sebab tak dapat sambung medic kat uia tapi dapat asasi sains kat UiTM Puncak Alam. Padan muka, pergi nangis buat apa. Best tau duduk palam ! hewhew 

nampak tak kondo mewah tu. haha.. ni waktu first time jejakkan kaki kat sini.

Bila jauh dengan family, kita kena jaga setiap apa yang kita buat and kena sentiasa ingat harapan tinggi ibu ayah and family pada diri kita. Paling penting nawaitu dan tujuan datang ke sini. Anggaplah ia sebagai suatu ibadah di mana akan ade banyak cabaran dan dugaan yang bersedia untuk ditempuh.

Alhamdulillah. Sangat-sangat bersyukur Allah kurniakan orang sekelilingku baik semuanya. Mereka ibarat family kedua aku kat palam nie. Tanpa mereka, aku tak kuat. Tanpa doa dan dorongan ibu ayah, aku takkan stay kat palam. Dan tanpa semangat dari Allah, aku takkan mampu bertahan. Aku yakin akan segala kebaikan yang ade atas segala ketentuan yang telah ditetapkan. Owhh.. tulis entry nie buat aku emo. uhuu uhuu.. Terlalu bersyukur tak terkata. Again Alhamdulillah :')

dear housemates yang sangat Awesome !
dengan diorang lah aku menggila, gelak, sedih, menangis luahkan perasaan bagai. huhuhu..

ni pulak groupmates yang Sweet ! skema tak skema budak sains.
over excited pulak masa kelas malam-malam ni. hahahaha :P

ni adek beradek SMA yang sangat Best !  ''Work as a Team, Close as a Family''.
Korang hebat and terbaik =)

 my Dearest family ! first time woo upload gambar family kat public. semua kembang-kembang nak kena sumbat dengan Herbalife. muahahaha.. apa-apa pun Love you ollss and ollsss <3

Moga segalanya akan dipermudahkan dan terus dipermudahkan. Semester 2 menanti dengan cabaran yang lebih besar. Tapi aku yakin akan ketentuan-Nya. May Allah eases our journeys, strengthen our bondings and this relationships last till Jannah. 

''Yakinlah bahawa di setiap kesusahan, ada kesenangan''.
Janji Allah itu pasti.

InsyaAllah, doctor to be. Amin.. :)