Sunday 19 February 2012

Teamwork Makes Dreams Work

Bismillahirrahmanirrahim.

Tadi yana attend st john activity, ''Nursing Course'' or dalam bahasa melayunya Kursus Perawatan. Ala-ala nurse gitew la. hehe.. Bercakap tentang st john, yana memang minat sangat dengan unit beruniform ni since form 1 lagi, walaupun kenangan sejak masa sekolah dulu sampai sekarang lagi banyak pahit daripada manisnya. Tak tahulah kenapa -.-

 Especially last year, bagi yana tahun paling 'down' dalam st john dengan tanggungjawab berat memikul jawatan Pengerusi, mengaktifkan semula unit beruniform ni sama ada di peringkat sekolah mahu pun kawasan. Sebab SMK Bukit Baru dah lama juga tak aktif. And yana juga Naib Pengerusi untuk team pustakawan. So memang banyak works, 'schoolwork' and homework.

Maybe untuk ahli st john sekolah lain yang memang dah aktif and profesional thought that its just a simple things to do. But actually for me, its really depend on your team members especially committees about how we handle such many kinds of problems and situations. Because committees are the back bone of the team.

Advisory teacher, Senior & Junior yang comel comel :) haha

Majoriti ahli st john is chinese. And tahun lepas yana satu-satunya president melayu berbanding sekolah lain dalam kawasan kitorang yang semuanya chinese. So, memang agak 'nerve wrecking' kalau kena buat presentation or as school representative. Kadang-kadang rasa macam orang asing.

Kalau ahli st john kat sekolah tu beratus-ratus, melayu dengan india tak sampai 20 orang pun. And mostly ahli chinese yang yana jumpa agak lemah untuk bertutur dalam bahasa melayu so sometimes berasa sangat susah untuk berkomunikasi especially semasa perjumpaan atau perbincangan. Kalau bahasa inggeris pun terbelit-belit lidah nak cakap sebab dua dua lemah nak cakap orang putih ni. haha.. Sometimes siap kena ada translator untuk bahasa-bahasa tu. Btw, it's a small challenge only and its still under control.


Hari Bendera kutip derma with my nice aisyah

And dalam st john ni juga lah yana kenal siapa kawan dan siapa lawan. Dan yana juga tahu siapa orang yang sentiasa menyokong dan menjadi tulang belakang yana. Sebab ada segelintir ahli yang menjadi ajk sekadar nak ada kuasa, pangkat, atau sijil. Bagi yana, tanggungjawab yang paling utama iaitu amanah yang diberi pada kita untuk dilakukan dengan sebaik mungkin sebab kita akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak.

Macam macam ragam, ada ajk yang selalu membantah keputusan yang dibuat tapi dia sendiri tak ada idea, ada yang ponteng mesyuarat ajk atau aktiviti dengan alasan yang langsung tak munasabah, dan ada juga yang sentiasa melakukan yang terbaik dan memberi sumbangan pada team kitorang. Perangai negatif dan prejudis serta sikap sambil lewa dan tidak berdisiplin ahli sering kali menyebabkan air mata wanita ini berguguran ibarat hujan ribut taufan, kadang kadang nangis sampai mata lebam, then bangun pagi mak tegur. Sometimes kawan rapat yana dalam ajk team tu sendiri kurang beri komitmen, dan itu lagi menambahkan rasa kesedihan sebab orang yang yana sangat harapkan berlaku sebaliknya. Rasanya ibarat kaca terhempas ke batu yang berkecai-kecai.
hurmm. btw, past is past :)

First time join st john camp. Just notice that we all seem awkward  ><

Banyak mana aktiviti, tugasan atau laporan yang perlu dibuat oleh ajk team, yana tak pernah membahagikan tugasan ikut suka hati. Setiap tugasan yg nak diagihkan akan dipertimbangkan sebaik mungkin. Dan kitorang saling membantu untuk menyiapkan tugasan yang ada. Ayat terakhir yang yana wajib cakap selepas bagi tugasan kat diorang " if cant do or got problems kindly inform me or discuss with each other and if need help i'll try my best to help you ". We cant force them and expect perfection as we all still student, young and new to all this.

Segala masalah, kejayaan dan kegembiraan yang berlaku serta sumbangan yang diberikan oleh my ajk team menjadi pengalaman berharga yang takkan dilupakan. Semunya menjadikan yana lebih matang berfikir, bertanggungjawab, berdisiplin dan membantu memperbaiki sifat kepimpinan dalam diri.

Leadership

Recently got junior committees tell me that a lot of things have to do, many activities need to attend, report, duty and etc. Actually it's not that many things need to do. Maybe the junior just not used with it. What can i say is think positive about anything happen no matter what. Dont give up, always give your best commitment and discuss with your team often about current things happen. If we humble down (no matter what ranking you have), listen to our leaders, everything will go in the flow.

"To be a good leader, one MUST be a good follower."

No matter how a good leader you are and how big your team's plan/dreams is, if there is no teamwork in your team, NOTHING can be achieve.

I'm not a perfect leader though. There are many other people that far better than me. And during my time also there is no big achievement that our team have. We only get some valuable experiences and knowledges that cannot buy with money and happen once in our life. There is a lot of things that i need to improve and learn about and many things more but this is what i'd learned based on my little experience of becoming committees for 3-4 years.



"Teamwork make dreams work"

Learn from our mistakes

is the BEST thing we can do rather than we dont know what our mistakes is :)

Friday 10 February 2012

Ayah Oh Ayah !

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum.
Hari ni nak cite, saja-saja tak ada kerja. Okay, macam ni yea kengkawan. Untuk makan malam tadi, my dad goreng telur dadar. Siap bubuh garam, bawang ngan cili lagi tau. Haha , kelakar lah tengok ayah potong bawang. Ber''stail'' gitew. Dah lama tak tengok ayah masak. Nak tolong ,tapi ayah kata tak yah. Ceh ceh, tunjuk ''cool'' lah tu :p


Okay then , dah campur telur dengan semua bahan-bahan tadi, sekarang time nak goreng pulak. Prepare kuali, ''buka'' api , tuang minyak. Then tuang telur dalam kuali. Yana tengah basuh pinggan time tu , perasan api macam agak besar so suruh ayah kecikkan api. Ayah dengan bangganya kata takpe takpe.

Satu minit kemudian......

Terhasil lah asap yang hangit dari kuali tu, dan terus tersebarrr.. Tersebar lalu menusuk-nusuk hidungku yang tak berapa nak mancung ni ><
TAPI TAPI

Ayah dengan tenangnya menterbalikkan telur tu and then cakap alamak! along! HangussSSss!!
Yana dah ketawa mcm orang tak betul. Seriously hangit, hitam dan hangus. Hahaha.. After a while, telur pun siap. Sebelah elok sebelah hanguss. Eloklah tu. Ermm, i mean still boleh makan lah even one side dah 'black'. Time nak letak dalam pinggan, ayah dengan ''action'' nya cakap takpe, kita terbalikkan yang hangus ni atas pinggan, yang elok kat belah atas so diorang (ibu dengan adik2) tak perasan. -.- Huhu

- gambar hiasan -

Masa makan malam, yana tak makan pun telur tu, tengok adik2 makan, berkerut-kerut muka. But diorang still makan *nak jaga hati*. Ayah senyum-senyum je.. Ahahha.

Cerita dalam entry ni tak ada lah best mana , just nak sharing dengan u ollszz. *gedikss
# Pesanan untk ayah : takpe takpe, usaha lagi :) ekeke ~
Sekian..

Sunday 5 February 2012

I'm Proud To Be A Muslim.

Bismillahirrahmanirrahim

Assalammualaikum.
Yana nak ucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang tercinta serta Salam Maulidur Rasul kepada pembaca walaupun sekarang ni dah masuk 13 Rabiulawal 1433 Hijrah (sebab dah lepas maghrib kan). Hehe.. Marilah kita sentiasa berselawat ke atas Nabi, mengamalkan sunnah Nabi dan menghargai pengorbanan2 Nabi demi menegakkan agama Allah yang suci ini.

اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم ~

Makkah, tempat kelahiran Nabi. 

Yana berasa sebak ketika membaca suatu peristiwa Nabi di dalam ''facebook'' walaupun dah banyak kali dengar, sejak sekolah rendah sehinggalah sekarang. Dan ianya jugak menambahkan rasa kerinduan dan kasih kita kepada Nabi. Peristiwanya :

Suatu hari.. Nabi Muhammad SAW bertanya :
"Siapakah hamba Allah yang mulia?"

Sahabat menjawab : 
"Para malaikat Ya Rasulullah"

Sahabat yang lain :
"tentulah para nabi, merekalah yang mulia"

Nabi tersenyum lalu berkata :
"Ya, mereka mulia, tetapi ada yang lebih mulia"

Para sahabat terdiam lalu berkata :
"Adakah kami yang mulia itu Ya Rasulullah"

Nabi berkata :
"Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, tapi bukan kalian yang aku maksudkan"

Nabi menundukkan wajahnya, baginda menitiskan airmata sehingga membasahi pipi dan janggutnya, lalu berkata :
" Wahai sahabatku, mereka adalah manusia-manusia yang lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mencintai Allah & tahukah kalian, mereka tidak pernah melihatku, mereka tidak dekat denganku seperti kalian, mereka sangat rindu kepadaku dan saksikanlah wahai sahabatku bahawa AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA.. MEREKALAH UMMATKU! UMMATI! UMMATI! UMMATI!"


Yana sangat bersyukur dilahirkan sebagai seorang wanita Islam, dibesarkan dengan cara Islam dan diberi pendidikan Islam yang secukupnya. I'm really grateful and proud to be a Muslim. Semoga segala amal kebaikan yang kita lakukan diterima Allah. Aminn..



A Beginner.

Bismillahirrahmanirrahim

Assalammualaikum.
Hari ni 1st day yana buat blog. Pagi-pagi buta lagi tu. Luar biasa kan ?! Huhu.. Nervous + blurrr. Biasalah tu kan, first time, jakun pun ada jugak. Hmmm, yana ni seorang yang pemalu bila depan orang ramai but actually seorang yang agak talkative and friendly. Suka kawan dengan ramai orang tapi malu-malu :P

Subhanallah.. Cantikkan bunga lavender ni?

Satu lagi perkara tentang yana ialah yana seorang HERBALIFE consumer. Korang pernah dengar tak tentang Herbalife ni? Actually yana baru je consume produk ni beberapa hari so tak boleh la nak cakap banyak sangat kan. Produk ni diperkenalkan oleh ex-classmate sekolah rendah dan yana guna produk ni untuk loss weight sebab sekarang ni yana sangattt lah besar macam belOn, haha.Tapi yana betul betul serious tentang produk ni.


 Apa yang yana boleh cakap, produk ni bila minum rasa kenyang, bertenaga and yang paling penting Sedap!! Tapi korang jangan salah faham, produk ni bukan macam ubat kurus yang korang selalu dengar tapi produk ni merupakan produk nutrisi. Sebab yana bukan hanya nak kurus dan nampak sihat physically tapi yana juga nak sihat dari segi dalaman, buang semua lemak lemak yang tidak diperlukan dalam badan ni. Sebab ramai je orang-orang kurus sekarang ni kena hypertension, strok, diabetes dan etc.
*Geli pulak bila fikir pasal lemak yang kuning kuning dlm badan and then menyelaputi organ-organ penting.Oh tidakKK!! Tak sanggup! > <

Nyum nyum,, sedap! Ada 5 flavours but Chocolate is my favourite ^^v

Produk ni agak mahal bagi sesetengah orang termasuk yana tapi untuk kesihatan, yana sanggup korbankan jugak. Yana bukan orang kaya and yana beli produk ni pun pakai duit yang disimpan masa sekolah dulu +  duit yang parents bagi. And kalau dikira betul2, harga secawan shake lebih kurang je dengan harga nasi lemak dengan ayam + teh tarik. So takde istilah herbalife mahal. And lagi satu, kalau sesebuah produk kesihatan tu murah, boleh dikatakan produk tu low quality. Herbalife kan international company with high quality products invented by great scientists. ^^


Yana pun tak tahu kenapa yana beriya-iya promote benda alah ni sebab yana baru je cuba and yana tak dapat untung apa-apa pun. Just harap produk ni memberi kesan pada diri ini untuk menjadi individu yang sihat dan cergas. Telah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga anggota badan pinjaman Allah ini dengan sebaik mungkin. Insyaallah..

Okay,, tu je entry yana untuk first time ni. Segala salah dan silap harap dimaafkan. And diharapkan hari-hari yang dilalui oleh kita semua akan sentiasa diberkati dan dirahmati Allah. Aminn.
Sekian..