Saturday 1 June 2013

Pre-Medic UiTM 2013

Bismillah.

Alhamdulillah, Allah bagi aku peluang untuk buat pre medic sementara tunggu ijazah time september nanti. Terharu dapat peluang ni :') Tercapai jugak la hasrat aku nak masuk UiTM Sg. Buloh ni even only sebulan lebih. Ramai tanya, ''pasai pa hang dok nak saaaaangat masuk uitm, banyak lagi unipversiti yang gempak kebaboom tahu''. Sambil buat muka senyum ''sebab uitm dihatiku''. Wahaha


Alhamdulillah dah seminggu kat sini. Baru la ni nak update blog sebab malas kekucingan melanda walaupun wifi siap ada kat setiap rumah cuma kadang kadang tenet macam siput belaghi lalu simpan laptop rasa nak nangis je time tu. So far semua okay, cuma masa dua hari pertama kat sini je diri acah acah homesick tacink tacink sikit lepas tu ngidam nak makan ikan bakar campur seafood, kek batik+puding karamel+durian crepe campur pavlova dengan jus tembikai laici cawan besar. Siap set. Ni kes ngidam terlampau ._.

Oh btw, akak akak senior kat sini semua sangat best ! Cantik comel comel ayu lembut peramah gitu. Sedia membantu kami, terutama aku yang ibarat rusa masuk kampung especially tengok mayat depan mata jauh sejengkal ! Abang senior aku tak sure sangat tapi selalu je usha blog ni. Hepi tengok attitude bakal-bakal doktor macam ni :') Lectures yang doctors and prof pun saaaangat humble. Aku pulak rasa rendah diri sebab bila recheck balik, macam tak layak je kat sini. Dengan attitude rock lemah gemalai tak menjadi aku T.T *uhuk uhuk sila insaf.


cantik kebabooom kan ? :)

kolej ni baru je siap. ni gambar sebelum. mana dapat gambar ni ?
hehe minta ampun kat enchek senior punya belog ni sebab cilok gambar.
malas keterlampauan melanda nak ambik gambar :D

Minggu ni siket punya rilek. Nervous pulak entah macam minggu seterusnya nanti. But next week ada VECE. Very early clinical exposure kat kampus selayang and spital sg buloh. Exciting giler kan. Aha. Moga Allah permudahkan urusan bagi kami semuanya. Ameen.


1 comment:

  1. uhuk. kau ni masuk pre-med dah nak satu set. Kalau medik betul, kau nak tak beli restoran?

    ReplyDelete