Friday 28 June 2013

Kenangan 5 Minggu Pre Medic UiTM.

Bismillah.

Assalammualaikum. Apa habaq hampa semua ? Eceh macam ada pulak orang nak response. Hangpa jawab dalam hati naaa. Alhamdulillah, semalam paper terakhir untuk exam pre medic batch kami. Dan hari ni hari terakhir saya kat UiTM Sg. Buloh a.k.a USB. Saya tulis entry ni sementara tunggu parents saya datang. Saya kena taip laju laju. Awak semua teruskan baca yea. Eh jap. Saya rasa macam skema sangat la pulak intro ni awak. Hmm hmm.

Aku rasa beruntung Allah bagi peluang masuk sini even hanya lima minggu. Bila dapat tawaran pre med ni rasa nak melompat pon hado. Op cos sebab pertama, aku tak sangka langsung dapat even pre medic pon. Mohon pre med time kat palam pun sesaja ala ala nak menyibuk walaupun jelas syarat nak dapat ni, pointer sem 1 kena 3.75 ke atas macam tu. Pointer sem satu aku tak cukup lepas syarat tu pun senonyer. Haaa hambik la kan. Sape suruh watlek sangat !? Tapi sebenarnya, bila kita tahu kita masih kurang berjaya, perlukan lebih efforts and put it into action, alhamdulillah result sem dua dan pointer upu jauh melepasi syarat pre med tu. *syukur banyak banyak kat Allah*  

Ni baru pre med yea. Bukan medical student lagi. Kena selalu rasa rendah diri nak belajar ilmu Allah ni. Kita belajar detail tentang ciptaan Allah yang sebaik-baik kejadian. Subhanallah, luar biasa dan kompleks. Masha Allah. Jauhkanlah kami daripada riak. 

Nak diceritakan, sempena hari terakhir aku kat sini lepas pre med ni, ni rumah kami ! Hew hew


ni lah tempat belajaq, tempat makan, tempat sembang, 
tempat nak tengok movie pun boleh. EH 
kalau nak praktis ala ala lecturer, 
hangpa boleh la mengajar kat white board tu :)


 kabinet atas bawah siap dengan sinki. boleh fefeling macam kat rumah gitu.

rak kasut pun nak tunjuk -.-' 
sebenarnya gambar gambar ni aku ambik lepas siap packing. 
Macam biasa, aku orang terakhir tinggalkan rumah. 
Mengulang sejarah kat palam. huahua

Bilik toilet siap ada 6 ! Memang takyah berebut yea. Hah. Rumah sangaaaaat selesa, sama macam kat palam *bersyukur* Cuma lain sikit, satu rumah seploh orang. Tapi aku and housemates total 8 orang je.

Kalau dapat pre med, yuran pengajian, yuran kolej semua takyah bayar. Siapkan duit saku untuk isi perut je. UiTM sangaaat pemurah untuk bumiputera. Hargai. *bersyukur lagi* 

Total batch pre med tahun ni ada 110 orang which is kurang dari jumlah pelajar yang dapat tawaran, 132 orang. Mungkin ada yang tak berminat nak masuk. Kami dibahagikan kepada duoblas group. Semua satu lecture hall. Pergi kelas pakai baju rasmi macam hari isnin. Sebab dean kata, doktor kena ada good personality and look profesional. Jadual kelas tak padat. Belajar pun tiga subjek asas je, anatomy, physiology dan biochemistry. Lectures pulak sangaaaaaaat baik! Allah, nak kata terharu, teruja, tereksited dengan profesor dan doktor yang jadi pensyarah kat sini. Doktor dari overseas pun ada. Takyah pi overseas dah. haha *tetiba teringat Dr. Hisham dari Iraq. Baik dan hensooom*  

 Le sweet roomate housemates and lecturemates lepas jamuan pre med :')

Groupmates. Group 3 :)


Ambik gambar right after last paper semalam. Ambik gambar dengan Dr. Ijah comel, 
cam tak cam je mane lecturer mana student. keh keh

Dah semua gambaq pulak nak ade ferame ._. Gambar batch tak jumpa pulak bila cari. Okkkayy, parents dah datang. Doakan kami dapat sambung usb lagi. Insya Allah, future doctors semuanya. May Allah's blessings will always showered upon us. 



20 comments:

  1. weeee! lawa yang teramat amat weh rumah tu. macam rumah sendiri pulak. jeles. hahaha

    ReplyDelete
  2. Wahhhh nk rumah camtuuuuuu hihihihi
    Bagus sgt ada whiteboard tu. Boleh belajar sesama :3

    ReplyDelete
  3. Akak, student asasi palam je ya yang dapat pre med ni?

    ReplyDelete
  4. haah dik :) student asasi sains palam ja yg boleh mohon and dpt offer pre med uitm

    ReplyDelete
  5. Oh. Kalau yg xdapat pre med still boleh masuk medic uitm kan kak?

    ReplyDelete
  6. boleh insyaAllah. pre med tu sekadar pendedahan awal tentang kos perubatan di uitm. adik student mana? nak masuk uitm boleh la letak uitm first choice in upu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh untungnya pelajar palam. Hehe. Sy ex pasum. Tengah tunggu result je ni. Sem 1 sy dapat 3.89, sem 2 xtahu lagi. Sy dah letak first choice. Harap sangat dapat uitm.

      Delete
    2. InsyaAllah. Pray for the best :)

      Delete
  7. salam kak :) saya dapat premed uitm nk tnye kena bawa buku apa2 ke or nanti minta dekat senior? thank youuu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam. maaf baru perasan comment kamu. bawa buku nota biasa ja. buku2 (buku asasi) terpulang nak bawa atau tidak. akak prefer pinjam library if btul2 nak baca. selamat belajar dik :) *jgn stress2 naa, blajar in fun way ja

      Delete
  8. A'sallam...adakah exam premedic ni adalah syarat utk sambung medic uitm. Kalau result exam kurang memuaskan macam mana? Adakah memberi kesan pada upu nnt. Tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam wbt. so far up to my knowledge, premed bukan syarat untk smbung medic uitm. exam skadar general evaluation of the whole premed students. result pun unknown dan xmmberi kesan. wallahu'alam

      Delete
  9. akak.premed ni diorang akan pilih based on result sem 1 kita ea?kita kena mohon ke diorang yg pilih?bila permohonan akan dibuka? akak dulu dpt brapa smpai akak x sngka ditawarkan premed ni??huhu sbb result sem1 utk batch 2015/2016 dah kluar.n result saya bknlah 4 flat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Kalau ikutkan syarat 3 tahun lepas, nak mohon premed at least result sem satu 3.7 + But my sem 1 result was a little bit lower than the requirement. Akak mohon ja, alhamdulillah dapat. Nak tahu bila time nak mohon premed, rujuk sekretariat asasi atau pej pusat asasi. Ape2 pun, at the same time, banyakkan berdoa :)

      Delete
    2. Assalam. resuLT sem 1 guna Result UpU ke result Uitm? Sbb result uitm sem 1 sy cukup2 mkn dgn requirements dia. Haha

      Delete
    3. Assalam. resuLT sem 1 guna Result UpU ke result Uitm? Sbb result uitm sem 1 sy cukup2 mkn dgn requirements dia. Haha

      Delete
  10. salam kak. sy pun tertanya tanya dia guna result upu ke result uitm. pastu, untuk kemasukan ke medic uitm ni pun dia guna pointer yg mana satu?

    ReplyDelete
  11. lagi satu kak, bila boleh mohon untuk pre med and kat mane? terima kasih. :)

    ReplyDelete
  12. lagi satu kak, bila boleh mohon untuk pre med and kat mane? terima kasih. :)

    ReplyDelete