Wednesday 17 October 2012

Great Journey :')

Bismillah..
Assalamualaikum. Lama dah aku tak update blog. *intro bosan -___- 
Busy woo dengan assignment, quiz, report, test, final, bla bla blaaa ~ Okay, memang tak patut salahkan semua tu. Macam orang lain ade extra hours pulak dalam life diorang. Rindu giler nak update blog, kalau ikutkan aku boleh create at least 5 entries sepanjang duduk kat palam, tapi semua tu simpan senyap senyap ketat ketat dalam hati dan akhirnye jadi debu-debu suci dibawa angin. Hiperbola tak hiperbola ayat aku ? Ngehehee..

And sekarang tak ade alasan untuk aku buat semua benda yang tertangguh tu sebab sekarang,
Semester Break ! uhuu uhhu ! siap highlight pinkk lagi aku tulis. Haaaa.. lama dah aku tunggu kau
Mr. holiday, come to Mama come ! hahaha. Terlebih sudeeeehh..

Sepanjang hampir 4 bulan aku duduk kat kondominium mewah lagi selesa kat PAlam tu, macam macam benda yang aku belajar yang aku rasa and itu pengalaman hidup yang sangat berharga bagi aku. Rasa menyesal pulak pergi nangis malam-malam masa result UPU keluar sebab tak dapat sambung medic kat uia tapi dapat asasi sains kat UiTM Puncak Alam. Padan muka, pergi nangis buat apa. Best tau duduk palam ! hewhew 

nampak tak kondo mewah tu. haha.. ni waktu first time jejakkan kaki kat sini.

Bila jauh dengan family, kita kena jaga setiap apa yang kita buat and kena sentiasa ingat harapan tinggi ibu ayah and family pada diri kita. Paling penting nawaitu dan tujuan datang ke sini. Anggaplah ia sebagai suatu ibadah di mana akan ade banyak cabaran dan dugaan yang bersedia untuk ditempuh.

Alhamdulillah. Sangat-sangat bersyukur Allah kurniakan orang sekelilingku baik semuanya. Mereka ibarat family kedua aku kat palam nie. Tanpa mereka, aku tak kuat. Tanpa doa dan dorongan ibu ayah, aku takkan stay kat palam. Dan tanpa semangat dari Allah, aku takkan mampu bertahan. Aku yakin akan segala kebaikan yang ade atas segala ketentuan yang telah ditetapkan. Owhh.. tulis entry nie buat aku emo. uhuu uhuu.. Terlalu bersyukur tak terkata. Again Alhamdulillah :')

dear housemates yang sangat Awesome !
dengan diorang lah aku menggila, gelak, sedih, menangis luahkan perasaan bagai. huhuhu..

ni pulak groupmates yang Sweet ! skema tak skema budak sains.
over excited pulak masa kelas malam-malam ni. hahahaha :P

ni adek beradek SMA yang sangat Best !  ''Work as a Team, Close as a Family''.
Korang hebat and terbaik =)

 my Dearest family ! first time woo upload gambar family kat public. semua kembang-kembang nak kena sumbat dengan Herbalife. muahahaha.. apa-apa pun Love you ollss and ollsss <3

Moga segalanya akan dipermudahkan dan terus dipermudahkan. Semester 2 menanti dengan cabaran yang lebih besar. Tapi aku yakin akan ketentuan-Nya. May Allah eases our journeys, strengthen our bondings and this relationships last till Jannah. 

''Yakinlah bahawa di setiap kesusahan, ada kesenangan''.
Janji Allah itu pasti.

InsyaAllah, doctor to be. Amin.. :)

3 comments:

  1. apa ni yana. nangis dapat PALAM? aku melompat kot. hahaha

    ReplyDelete
  2. hahaha.. orang yang tak fikir panjang. sekarang aku melompat dpt palam. dapat kenal korang :') huhu

    ReplyDelete
  3. Nice words....bkn sume yg diimpikan terbaik buat kita....terima segala takdirNya krana Dia Maha Mengetahui :-)

    ReplyDelete