Saturday 20 October 2012

Renungan Dari Sahabat.

Bismillah.
Dah lama dah nak publish simple post ni tapi simpan dalam draft sebab tak berkesempatan masa duduk sem 1 kat palam. Setelah penat berprogram dan tidur yang tak menentu, Allah menghantar seorang sahabat yang berpesan sesuatu buat renungan diri. Sebagai pembakar semangat untuk melaksanakan tugas sebagai pemimpin. Dan sebagai penyejuk hati *thanks friend :)

Dalam hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :
Sesiapa yang melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia nescaya Allah akan melepaskan kesusahannya di akhirat. Sesiapa yang memudahkan orang yang kesusahan, nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup (aib) seorang Muslim, nescaya Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan akhirat. Dan Allah selalu menolong hamba-Nya jika hamba tersebut menolong saudaranya. - Riwayat Muslim


Hayati hadis ini menimbulkan keikhlasan dalam membuat sesuatu perkara tanpa sebarang rungutan mahupun paksaan. Sesungguhnya amanah dan tanggungjawab yang diberi perlu dilaksanakan sebaiknya. May Allah bless us. InsyaAllah.

3 comments:

  1. Sesungguhnya kt hambaNya yg lemah..punya keistimewaan & keaiban tersendiri..tdk sume keistimewaan memberi kebaikan dan juga tidak sume keaiban membawa keburukan.jdlah hamba yg sentiasa bersyukur, nescaya Allah SWT akn sentiasa melindungi diri dr perkara yg tdk dikehendaki.

    * tahniah Liyana kerana punya sahabat yg sentiasa prihatin akn diri anda

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Allah kurniakan sahabat yg baik semuanya. InsyaAllah, frienship till jannah :)

    ReplyDelete
  3. Macam knl jer ayat tue :-P haha.. Tachink 2...

    ReplyDelete