Monday 22 October 2012

Along Bersyukur Tak ?

Bismillah.

Dua hari yang lepas aku dengan family pergi KPJ Seremban. Melawat salah seorang mak cik kesayangan yang sakit. Diharapkan lawatan kami yang sementara sedikit sebanyak menggembirakan beliau. Moga beliau cepat sembuh, dipermudahkan segala rawatan yang diterima dan sihat sekeluarga. Amin..

By the way, dalam perjalanan, tetiba ayah aku tanya soalan cepumas lagi menyentap jiwa nih

Ayah : Along, along rasa bersyukur tak ? Dapat masuk u, kelengkapan semua ada. Tak pernah kurang.

Aku   : *sentap jap and fikir. Alhamdulillah, mestilah bersyukur. Semua cukup. Sebulan sekali ayah ibu
             datang melawat. Barang-barang semua cukup. Pergi balik u berjemput, berhantar. Kawan along
             yang duduk jauh tu susah payah kena pergi KL Sentral, TBS semata-mata nak naik bas balik
             rumah. Lepas tu perjalanan balik berjam-jam. Setakat Melaka-Palam ni 2 jam setengah je.
            *bersyukur especially bila teringat kawan-kawan yang hidup susah

Ayah :  Haaaa.. Tahu pun. Ayah dulu pun macam tu jugak. Orang dulu lagi susah. Atuk dengan
            wan bukannye banyak duit. Nanti dah besar jangan lupa ibu ayah, keluarga, wan, mak mok.


Aku    : InsyaAllah tak lupa yah.. *speechless and malu dengan diri sendiri

So ape sebenarnya moral of the story yang boleh kita dapat dari soalan pendek macam tu ? Hmmm.. Let me clarify on something. Bila dah masuk universiti ni, kita akan jumpa macam-macam orang dengan macam-macam ragam sebab kita semua datang dari background family and cara hidup yang berbeza. Kalau kat sekolah, nak cari kawan yang sekepala je, and kalau ada buat salah, parents and cikgu boleh tegur.

Tapi kalau kat u, memilih sahabat ibarat memilih jodoh. Ceewahhh.. Huhu.. Seriously, berbeza dengan kawan, kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. But sahabat, orang yang selalu ade dengan kita, ketika senang dan susah, sedih dan gembira. Sahabat jugaklah yang akan tegur salah dan silap taktala kita jauh dari family. Itulah salah satu kepentingan memilih sahabat. Here, we also need to be more open minded, always try to accept the good and the bad side of people around us and give attention to other people thoughts and opinions. Applying the ''give and take'' is a must when we deal with people especially in an organisation. Owhh sorry for my bad english. Tak semestinya spm english A+ boleh speaking english gempak punya kan ? Haaahh.. >.<


The conclusion ? Back to Allah :) Ingat balik segala nikmat yang Allah bagi, kesenangan yang ade. Dan bila kita diuji dan diduga dengan cabaran, kesusahan mahupun kesenangan, ingatlah, Allah pencipta segalanya. Suka aku petik kata-kata renungan dari salah seorang pembaca blog aku,

Sesungguhnya kita hambaNya yg lemah.. Punya keistimewaan & keaiban tersendiri. Tidak sume keistimewaan memberi kebaikan dan juga tidak sume keaiban membawa keburukan. Jadilah hamba yg sentiasa bersyukur, nescaya Allah SWT akan sentiasa melindungi diri dari perkara yg tidak dikehendaki. 



May Allah bless :)

No comments:

Post a Comment