Sunday 30 December 2012

Sahabat Yang Baik.

Bismillah.

Assalamulaikum. Entri ni aku buat khas tentang sahabat. Rasanya sahabat orang kedua terdekat dan rapat dalam hidup selepas keluarga. Kita semua mempunyai sahabat atau istilah biasa, kawan. Bagi aku beza sebenarnya penggunaan istilah sahabat dan kawan. Orang yang baru 5 minit kenal aku dah panggil kawan. Sahabat ? *Interpret sendiri*
Pernah dengar tak ::

''Sahabat yg baik ialah yg sentiasa mengingatkan sahabat yg lain untuk mendekatkan diri kepada-Nya''

''Sahabat cermin diri kita yang sebenar''


''Sahabat yang baik ialah sahabat yang sentiasa mendoakan kebaikan sahabat yang lain''


''Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yang diwarisi dari nenek moyang'' ( Saidina Ali )


Terasa sikit and fikir dalam-dalam especially mutiara kata yang pertama dan terakhir. Agak sentap di situ :( Sebab rasa diri terlalu banyak kekurangan, kelemahan dan kekhilafan. Rasakan diri tidak layak digelar sahabat baik. Bukan sahaja sebagai sahabat but also as a muslim. I always questioned myself whether can I be ''sahabat sejati dunia akhirat ?'' Sahabat ketika senang sangat mudah dicari tapi sahabat ketika susah dan sedih, mudah tak ?

Spongebob and Patricks are best friends. I adore spongebobs's patience. keh3

Kadang-kadang percakapan kita disalah erti. Gurauan yang bagi kita biasa dianggap kasar. Perbuatan kita mengguris hati orang lain. Memang dalam persahabatan, perkara sebegini biasa kerana kita hanya manusia biasa. Punya perasaan dan pandangan yang berbeza. Kadang-kadang perbezaanlah yang merapatkan kita :) Itu semua dugaan dalam persahabatan.

But I'm sure we all want to be a good servant of Him, a good follower of Muhammad, a good children of our parents and family, a good brother/sister of our siblings and a good friend of our buddies :D Dalam persahabatan, di samping mencari sahabat sejati dan mengeratkan ukhuwah, sama-samalah juga kita mencari keredhaan Allah. Perbetulkan dan tegurlah aku sekiranya silap. Nasihatkanlah aku ketika aku leka dan lalai. Ingatkanlah aku ketika aku lupa dan alpa. Doakanlah kebaikanku dan kita semua. May Allah bless us all. Amin..

Hak seorang kawan,
Jika engkau tidak mampu memberi bantuan kepadanya,
 janganlah pula engkau memberi kesusahan kepadanya. Jika engkau tidak mampu menggembirakannya, janganlah pula engkau mendukacitakannya. Jika engkau tidak mampu memujinya, janganlah pula engkau mengejinya." 

                                     Moga kita menjadi khalifah yang sentiasa mengajak ke arah redha Allah :) 



2 comments: