Saturday 29 December 2012

Shopping Buku

Bismillah.

Apa habaq hampa semua ? Kalau sihat, bersyukurlah Alhamdulillah. Andai Allah beri sakit, bersyukurlah jugak kerana sakit itu penghapus dosa kecil. *mukadimah utagha sikit*

Beberapa hari lepas aku dengan family kesayangan pergi Mahkota Parade and Dataran Pahlawan. Haaa berpuluh hari dah tak pergi sana. Lama tak lama hihi. Niat di hati nak shopping baju, nak jalan-jalan, cuci mata usha orang ehh tak usha baju la. Tup tup satu baju pon tak beli. Aku lebih tertarik nak shopping BUKU. Ohh silalah percaya. Yea buku. Buku biasa je pun bukannya buku pearson hok tebal menggunung yang tak baca tuh. Wakakaka


Besau tak besau gambar nih. Haha.. Memandangkan poket kering ibarat kemarau, adik yang comel macam kakak dia ni pun sudi menghulurkan bantuan meringankan beban untuk membeli buku-buku di atas. Itupun setelah nafsu membeli dikurangkan. Tak dapat diskaun pun :( Bilalah kad 1siswa nak dapat hmm. Buku punya pasal takde hal la kan. Takpe, langsai dah hutang keh3

Satu buku dah habis, tinggal lagi tiga. Aku mulakan dengan habiskan buku yang nipis. Buku hok tebal ambik masa. Kang tak menghadap pulak tutorial tu. Buku kedua yang aku baca ni sangat besttt ! From my own perspective. Mukadimah dia je dah menarik perhatian. My favourite book currently. Bukan novel cinta semata, bukan juga cerita fantasi remaja mahupun cerita kawin je. Buku ilmiah yang sangat bermakna walaupun nipis je buku ni. Masih tak habis baca lagi.
On my way :)


Katakanlah jika kalian cinta kepada Allah, maka ikutilah aku (Rasulullah) maka Allah mencintai kalian dan mengampuni dosa-dosa kalian ( Ali Imran :31 )


2 comments:

  1. silalah bawak buku tu semua pegi Palam ye. haha nak baca jugak :) aku bawak buku Cintaku Setelah Allah dan Rasul okeh? hahaha

    ReplyDelete