Sunday, 12 January 2014

R.a.n.d.o.m

Bismillah.

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Allah masih dan sentiasa sayangkan kita. Masih mampu bernafas dengan sempurna. 

Sedar tak sedar dah empat lima bulan jadi student degree kat uitm terchenta. And a little bit more time I'm going to enter 20s. Ya Allah cepatnya masa ! oh terasanya tua. Tertanya apakah kebaikan dan sumbangan selama hidup dua abad ni. Sungguh diri perlukan sentuhan dan didikan rohani setiap masa. Sungguh ilmu masih kurang di dada. Sungguh banyak lagi tugas kita sebagai khalifah dan hamba-Nya. Every hearbeat is too precious.

Cekidout the last post yang aku tulis, sudah terang lagi bersuluh dah berkurun tak hapdet. Perkataan ''berkurun'' digunakan untuk menggambarkan hiperbola disitu. Bajet je pikir nak citer tu nak share ni kat blog. Last last, nothing. Heh. Windu punya pasal nak usha blog sendiri, terdetikla untuk menulis satu post yang tiada motif dan tujuan nih T_T Terlalu banyak untuk diceritakan. Biarlah ia menjadi kenangan dan memori untuk dihargai. Wiwiwi dah kenapa semacam je ayat nih ?! positip ye positip

Al-kisahnya baru habis progress test yang ketiga jumaat lepas. Dah PT yang ketiga baru rasa macam aku ni student medik. Err maksud aku, baru tahu ohh rupanya kena belajar macam ni macam ni. Masa kena manage macam tu macam tu. Style study last minute yang aku applikasikan sejak zaman sekolah memang tak boleh guna. Menangis la sorang sorang dalam hati kalau nak study last minute, 12 jam sebelum PT. Tak semenggah betul buat macam tu kan masa first PT dulu. MashaAllah rezeki je Allah bagi lulus tu. 

Memandangkan jumaat depan selangor cuti dengan hari thai pew sam nye, mood yang tengah menguasai sekarang ialah mood cuti balik rumaaaah ! Nota-nota yang memanggil untuk ditatapi semuanya tergendala. Soalan-soalan SGS yang minta dibelai telah dianaktirikan. Sampai pernah niat nak skip kelas PHPM petang khamis tu. Tsk tsk tsk tak baik cenggitu ye kengkawan. Oke kena reset niat balik lelaju.

Memandangkan ini hanyalah random post, setakat ni sahaja coretannya. Beta mohon undur diri. Salah silap harap dimaafi. Moga kalian doakan kami. Final exam lagi sebulan yeaw. 

Sudah beberapa bulan tahun yang ke 1435 hijrah kita lalui. May the time we'll be going through improve day by day. Aku akhiri post ini dengan pesanan Imam Al-Ghazali. May Allah bless us :)




Saturday, 28 September 2013

Did You Talk About Me ?

Bismillah.

Alhamdulillah, bersyukur banyak-banyak hari ini Allah masih panjangkan umur kita dan masih memberi dua nikmat terbesar iaitu iman dan Islam. Alhamdulillah, thank u Allah.


Dua hari yang lepas, ada small group session biochemistry. Its name already define what it is kan. A small group of students, whom was given some questions related to the topic in the lecture and all group members need to discuss the answers with the guidence of lecturer.


Aku dapat doctor best! Tak bosan, senyum-senyum je waktu discussion. heheh. Topic of the day time tu ialah protein, amino acids, carbohydrate and lipids. Panjang sikit tajuk dia senonyer sebab merangkumi tiga lecture topics sekaligus. Nampak macam simple, ala ala spm je tajuk nutrisi ni. Bila aku flashback balik, time sekolah, topic berkaitan nutrisi ni ambik masa sejam dua je nak habiskan. Tapi sekarang, topic protein je dah lebih sejam!


Then at certain questions time sgs ni, lecturer macam explain lebih sikit. Ni antara soalan time tu.



Soalan ni tak complicated.. Back to basic jugak. 

Explain punya explain pasal carbo and lipid ni, doktok selalu tekankan ayat ni. "Plis elakkan obesity. Obesity is like a starting point untuk penyakit-penyakit kronik seperti cholesterol tinggi, kencing manis, atherosclerosis, darah tinggi, and cardiovascular diseases''. Explain in english la kan. Aku ni gheti translate je. And almost everytime dia explain about obesity dia pandang aku. Paling tak pun, dia senyum.

Oh Myy. Kalau fikir secara negatif, terasa tak aku !? Tipulah tak terasa. Ayat makan dalam woo. Heh. Takdelah rasa macam tu pun. Maksud aku terasa bukannya aku benci doktor tu ke soalan tu ke. TAK. Itu ialah fakta. Nak sangkal pun takde point kot. Ni terasa yang jenis positip punya. Dalam hati kata ''aku kena ada ideal weight! tak kira. Aku kena jaga kesihatan elok-elok. Nikmat Allah bagi ni''. Lagipun insyaAllah future doctor kan, nanti kena consult orang jaga kesihatan tapi kalau diri sendiri badan besaq bukan ke ibarat siput mengajar anak-anaknya berjalan laju nak lumba dengan michael chewmaker walaupun siput takdak kaki ??''

Konklusinya, jagalah kesihatan. Jangan asyik terpedaya dgn syaitan nirrojim dan nafsu semata. Makanan ni punca kepada banyak perkara buruk lain kalau pandang remeh. Apatah lagi kalau sumber atau makanan itu sendiri haram. Ya Allah jauhkanlah. Makanan sekarang ni banyak yang tak sihat dan ade je sumber-sumber haram - -'' Aku sangat marah bila makanan yang ada sumber haram, tapi ada tanda halal dan kita pun terpedaya. Dah makan bertahun-tahun, keluar statement ''terdapat xxxxx dalam makanan ini''.

Suka untuk aku share sebuah hadis. *Sila pegang dan ingat hadis ni kuat-kuat everytime rasa nak sumbat semua makanan dalam perut :)*
Rasulullah s.a.w. turut bersabda : 
“Tiadalah wadah yang disisi anak Adam yang lebih buruk daripada perutnya sendiri, di mana dia menyangka bahawa dengan beberapa makanan, maka tulang sulbi (kekuatannya) akan dapat tegak kembali. Seandainya dia terpaksa bersikap demikian, maka (isilah perutnya) sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman, dan yang sepertiga lagi dikosongkan untuk pernafasan (bernafas).” 
(Riwayat At Tirmizi dan Ahmad)


Ni guidence terbaru dan terkini untuk makan. Dah tak guna sangat food pyramid tu. Sebabnya food pyramid tak menyatakan jumlah makanan yang kita perlu ambik. Letak nasi paling bawah sekali dalam food pyramid tu, memang berbukit-bukitlah nasi aku makan. hah. Moh le kita cuba amal sesama. Bukan untuk yang obese mahupun overweight saje ye. Untuk SEMUA. Kalau nak lose weight dalam Herbalife pun antaranya kena makan amount macam ni. Selamat beramal.

Interested to change your lifestyle with Herbalife ? 
Ask me how !! :D
012-6114461 / liyanaroslan94@gmail.com