Sunday 12 January 2014

R.a.n.d.o.m

Bismillah.

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Allah masih dan sentiasa sayangkan kita. Masih mampu bernafas dengan sempurna. 

Sedar tak sedar dah empat lima bulan jadi student degree kat uitm terchenta. And a little bit more time I'm going to enter 20s. Ya Allah cepatnya masa ! oh terasanya tua. Tertanya apakah kebaikan dan sumbangan selama hidup dua abad ni. Sungguh diri perlukan sentuhan dan didikan rohani setiap masa. Sungguh ilmu masih kurang di dada. Sungguh banyak lagi tugas kita sebagai khalifah dan hamba-Nya. Every hearbeat is too precious.

Cekidout the last post yang aku tulis, sudah terang lagi bersuluh dah berkurun tak hapdet. Perkataan ''berkurun'' digunakan untuk menggambarkan hiperbola disitu. Bajet je pikir nak citer tu nak share ni kat blog. Last last, nothing. Heh. Windu punya pasal nak usha blog sendiri, terdetikla untuk menulis satu post yang tiada motif dan tujuan nih T_T Terlalu banyak untuk diceritakan. Biarlah ia menjadi kenangan dan memori untuk dihargai. Wiwiwi dah kenapa semacam je ayat nih ?! positip ye positip

Al-kisahnya baru habis progress test yang ketiga jumaat lepas. Dah PT yang ketiga baru rasa macam aku ni student medik. Err maksud aku, baru tahu ohh rupanya kena belajar macam ni macam ni. Masa kena manage macam tu macam tu. Style study last minute yang aku applikasikan sejak zaman sekolah memang tak boleh guna. Menangis la sorang sorang dalam hati kalau nak study last minute, 12 jam sebelum PT. Tak semenggah betul buat macam tu kan masa first PT dulu. MashaAllah rezeki je Allah bagi lulus tu. 

Memandangkan jumaat depan selangor cuti dengan hari thai pew sam nye, mood yang tengah menguasai sekarang ialah mood cuti balik rumaaaah ! Nota-nota yang memanggil untuk ditatapi semuanya tergendala. Soalan-soalan SGS yang minta dibelai telah dianaktirikan. Sampai pernah niat nak skip kelas PHPM petang khamis tu. Tsk tsk tsk tak baik cenggitu ye kengkawan. Oke kena reset niat balik lelaju.

Memandangkan ini hanyalah random post, setakat ni sahaja coretannya. Beta mohon undur diri. Salah silap harap dimaafi. Moga kalian doakan kami. Final exam lagi sebulan yeaw. 

Sudah beberapa bulan tahun yang ke 1435 hijrah kita lalui. May the time we'll be going through improve day by day. Aku akhiri post ini dengan pesanan Imam Al-Ghazali. May Allah bless us :)




1 comment:

  1. ohoi..lama nye tak tengok kau update. *tepis2 sawang*

    ReplyDelete