Tuesday 14 January 2014

Saat Diri Dirasakan Jahat.

Bismillah.

Pernah tak rasa diri sendiri jahat ? Pernah tak rasa pelik bila orang kata kita ni baik, sopan, ayu gitu (bukan aku la kan -.-'') tapi jauh sekali untuk diri sendiri rasa macam tu. Selalu je rasa Ya Allah, jahatnya aku. Macam-macam perkara buruk yang aku buat. Rasa nak lempang diri sendiri T_T

Mukadimah yang tetiba je bagi soalan macam tu. Soalan yang hanya hati mengetahui. Terasa diri diisolasi dan hati meronta belas dan kasih Ilahi. Sedangkan jika kita mengetahui hakikatnya, takkan pernah kita seorang diri kerana Allah sentiasa mengasihi dan mengiri liku kehidupan kita sehingga mati.

Saat kita merasa sangat sedih mahupun terlalu gembira, ingatlah Allah. Saat kita merasa orang lain lebih memahami akan kepayahan dan kesusahan kita, ingin kita kongsikan kepada mereka, ingatlah Allah. Saat diri merasa tidak tenang, resah gelisah yang mencengkam hati, sesalan yang meruntun diri, ingatlah Allah. Saat kita merasa sunyi, terasa tiada yang menyayangi, ingatlah ALLAH.

Kerana Allah yang menciptakan kita. Allah yang paaaaaling memahami kita. Allah yang lebih mengetahui perasaan dan keadaan kita. Allah sentiasa bersama dan menemani kita. Dan Allah lah yang paling kasih akan kita, melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya.

Hidup ada naik turunnya. Sungguh manusia takkan puas selagi bernafsukan dunia. Moga dijauhkan kita dari cinta dunia. Moga didekatkan kita akan cinta pada Allah dan kekasih-Nya.


Jom lakukan perubahan positif. Walau sekecil mana di mata manusia perubahan yang baik itu, kita teruskan. Anjakan paradigma yang sentiasa menghiasi hari. Moga hari esok lebih baik dari hari ini dan seterusnya. Moga kita, orang muda yang dikurniakan kudrat disamping semangat yang kuat, akan sentiasa teruskan perjuangan. Kerana terlalu banyak yang perlu dilakukan. Kerana masyarakat kita sedang tenat. Ummah kita belum cukup kuat. Iman sentiasa berbolak balik, perlukan pengisian rohani dan jasmani yang sihat. Moga setiap langkah yang kita lalui setiap hari membawa kebaikan. Dirahmati dan diredhai. Menjadi bukti perjuangan Nabi Muhammad s.a.w itu tidak akan pernah sia-sia. Takbir !

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ






No comments:

Post a Comment