Saturday 26 January 2013

Sedang Menjaga Hati. Allah, Peliharalah Kami.

Bismillah.

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.." (al-Nisa',4:34)


Walau di mana dia berada, walau siapa dia bersama, meski di hujung dunia, jika kita ialah takdir dan jodohnya, kita tetap akan bersama. Jodoh tidak perlu di cari, Allah telah menyusun yang terbaik.

''Adalah lebih baik jika AKU memberikan kepadamu seseorang yang AKU tahu dapat menumbuhkan segala ciri-ciri yang engkau cari selama ini daripada membuat engkau membuang waktu mencari seseorang yang sudah mempunyai semua kriteria yang kamu inginkan itu''.

Sedang menjaga ikhtilat dan mencari redha Allah. Berfikir menggunakan ilmu dan akal, bukan perasaan yang sering keliru dengan kehendak nafsu. Ya Allah, peliharalah hati-hati kami dari menyukai dan mencintai seseorang yang bukan dari jodoh kami. Peliharalah juga hati-hati kami dari perasaan yang sia sia dan mengikut nafsu semata. Sesungguhnya cinta kepadaMu dan Muhammad Rasulullah tetap yang utama. Sayang kepada orang yang melahirkan dan membesarkan tidak pernah kurang. To have someone heart, doesn't need to ask the person, but ask the CREATOR who created that heart. Bless us all Allah :')


1 comment: