Saturday, 2 February 2013

Mencari Redha-Nya.

Bismillah.

Hak seorang kawan, 
Jika engkau tidak mampu memberi bantuan kepadanya, janganlah pula engkau memberi kesusahan kepadanya. Jika engkau tidak mampu menggembirakannya, janganlah pula engkau mendukacitakannya. Jika engkau tidak mampu memujinya, janganlah pula engkau mengejinya."

Ayat dalam previous entry aku ni selalu bermain dalam fikiran especially bila bersama kawan. Dah dekat palam ni memang kita akan jumpa kawan tiap hari, dimulakan dengan roomate sendiri. Family jauh jadi dengan kawan dan sahabatlah hidup kita diwarnai. Tak ke sunyi kalau hidup sorang-sorang ? Bila dengan kawan dan sahabat, walau sebaik mana hubungan kita, batas pergaulan dan kata-kata tetap perlu dijaga. Kadang-kadang bila dah terlalu rapat, kita lupa untuk menjaga hati sahabat kita tu. When it comes about take care someone heart, its never easy.

Aku takut, mulut dan lidah tak bertulangku mengecilkan hati sesiapa, perbuatanku menyakitkan hati, teguranku tidak menyenangkan. Like seriously, even our tounge do not have bones, but they can break someone heart. And even though our tounge do not as sweet as sugar but their nice words can make someone happy and soften hard heart. *agak broken english di situ -.-* 

Dosa dengan Allah, kita bertaubat, mohon ampun dari-Nya. Dosa dengan manusia ? Minta maaf secara ikhlas depan-depan dan memulangkan hak sekiranya ada. Kadang-kadang perkataan ''maaf'' sangat menyakitkan. Tetapi itulah hakikat hidup. Sedangkan Nabi ampunkan umat, apetah lagi kita umatnya yang selalu khilaf. Ikhlaskan hati memohon maaf, ikhlaskan juga hati memberi maaf. InsyaAllah ketenangan hati milik kita, Allah berikan pada mereka yang mencari redha-Nya :)



Kadang-kadang kita minta maaf bukan kerana kita lemah, tetapi kerana kita kuat dan berani untuk mengaku kesilapan diri di hadapan orang lain. Allah, please conserve our iman and aurah, bless the ukhuwah between us and eases our tasks. Amin..

p/s : rindu ibu ayah and adik adik. 1 week more :DD



1 comment: