Tuesday, 13 August 2013

Eid Mubarak

Bismillah.

Aiseyymen. Tak sampai sebulan letak jawatan tulis blog dah blur blur nak tulis tajuk entri. Mentang owner blog boleh suka suki letak jawatan. Ni gara-gara kat rumah dah takde WiFi S kuda hitam macam dulu. Nak share tenet rumah sebelah pulak dia lupa bagi password agaknya.


Aku nak sharing is caring tentang aku dan hari raya. Sebelum tu nak ucap salam aidilfitri maaf zahir batin kalau pernah tersalah terkasar bahasa, termerepek dalam entri, tertypo ke (sebab sekarang typing error aku makin teruk terutama time tweet atau mesej) nokia jadi nokua, kampung jadi kangpang ._.

Okay. Back to hari raya topic. Sampai kampung sehari sebelum raya. Waktu siang hari puasa terakhir macam biasa kemas-kemas rumah. Sapu sapu lap tingkap semua. Sebenarnya adik aku yang kemas lebih, aku macam takde mood nak kemas hari tu. Haa boleh pakai tak alasan tu. Kang kata malas, kena reject.


Malam tu adik-adik aku dengan mak cik, sepupu, adik sepupu lelaki sibuk nak berinai. Tak tahu pulak keluarga abang roslan dengan akak laila ada malam berinai sebelum raya ye hmm. Sampai aku terikut sekali hah. Memacam corak mak cik aku buatkan kat diorang ni. semua siap ambil no giliran ye. Yang lambat, turn last. Macam aku akhir-akhir baru terasa nak pakai sepbaik stok inai ada lagi. Eceh inai je pun


mohon tak tersalah orang. yang dalam gambar tu
adik aku. kot kot ada yang tersalah haha

Entah macam mana adik aku 7 tahun tu boleh terpikir nak buat corak inai kalau perasan ada tulis ''nabilah'' kat kaki belah kiri, ''zulaikha'' nama dia kat kaki belah kanan. Salah satu cara tunjukkan kasih sayang mungkin. Sampai nama abg kakak dia yang lain dia tulis kat tangan guna inai. Hadoi ! Buat lawak je 
adik bongsu sorang nih !

Time pagi raya pulak macam biasa good food for smart people katanya :) Elak perut terkejut dari pagi pagi raya dah sumbat lemang ketupat rendang. Kesian kat perut. Bagi shake insya Allah kenyang, dapat kurangkan makan raya.




Zulaikha kemain eksited nak minum shake. Kusyuk minum sampai org tangkap gambar pun tak perasan. Minum shake separuh. Nak habiskan tak mampu sebab dah kenyang haha. Sebab shake herbalife ialah makanan. BUKAN ubat kurus/jamu etc. Safe for babies, preggy moms and kids :)

Moga tercapai impian aku nak bagi semua dalam family makan Herbalife. Kita usaha jadi sihat, jaga sebaiknya badan pinjaman Allah time muda-muda ni. Yang lain serah kat Allah. Happy eid mubarak everyone.



Friday, 28 June 2013

Kenangan 5 Minggu Pre Medic UiTM.

Bismillah.

Assalammualaikum. Apa habaq hampa semua ? Eceh macam ada pulak orang nak response. Hangpa jawab dalam hati naaa. Alhamdulillah, semalam paper terakhir untuk exam pre medic batch kami. Dan hari ni hari terakhir saya kat UiTM Sg. Buloh a.k.a USB. Saya tulis entry ni sementara tunggu parents saya datang. Saya kena taip laju laju. Awak semua teruskan baca yea. Eh jap. Saya rasa macam skema sangat la pulak intro ni awak. Hmm hmm.

Aku rasa beruntung Allah bagi peluang masuk sini even hanya lima minggu. Bila dapat tawaran pre med ni rasa nak melompat pon hado. Op cos sebab pertama, aku tak sangka langsung dapat even pre medic pon. Mohon pre med time kat palam pun sesaja ala ala nak menyibuk walaupun jelas syarat nak dapat ni, pointer sem 1 kena 3.75 ke atas macam tu. Pointer sem satu aku tak cukup lepas syarat tu pun senonyer. Haaa hambik la kan. Sape suruh watlek sangat !? Tapi sebenarnya, bila kita tahu kita masih kurang berjaya, perlukan lebih efforts and put it into action, alhamdulillah result sem dua dan pointer upu jauh melepasi syarat pre med tu. *syukur banyak banyak kat Allah*  

Ni baru pre med yea. Bukan medical student lagi. Kena selalu rasa rendah diri nak belajar ilmu Allah ni. Kita belajar detail tentang ciptaan Allah yang sebaik-baik kejadian. Subhanallah, luar biasa dan kompleks. Masha Allah. Jauhkanlah kami daripada riak. 

Nak diceritakan, sempena hari terakhir aku kat sini lepas pre med ni, ni rumah kami ! Hew hew


ni lah tempat belajaq, tempat makan, tempat sembang, 
tempat nak tengok movie pun boleh. EH 
kalau nak praktis ala ala lecturer, 
hangpa boleh la mengajar kat white board tu :)


 kabinet atas bawah siap dengan sinki. boleh fefeling macam kat rumah gitu.

rak kasut pun nak tunjuk -.-' 
sebenarnya gambar gambar ni aku ambik lepas siap packing. 
Macam biasa, aku orang terakhir tinggalkan rumah. 
Mengulang sejarah kat palam. huahua

Bilik toilet siap ada 6 ! Memang takyah berebut yea. Hah. Rumah sangaaaaat selesa, sama macam kat palam *bersyukur* Cuma lain sikit, satu rumah seploh orang. Tapi aku and housemates total 8 orang je.

Kalau dapat pre med, yuran pengajian, yuran kolej semua takyah bayar. Siapkan duit saku untuk isi perut je. UiTM sangaaat pemurah untuk bumiputera. Hargai. *bersyukur lagi* 

Total batch pre med tahun ni ada 110 orang which is kurang dari jumlah pelajar yang dapat tawaran, 132 orang. Mungkin ada yang tak berminat nak masuk. Kami dibahagikan kepada duoblas group. Semua satu lecture hall. Pergi kelas pakai baju rasmi macam hari isnin. Sebab dean kata, doktor kena ada good personality and look profesional. Jadual kelas tak padat. Belajar pun tiga subjek asas je, anatomy, physiology dan biochemistry. Lectures pulak sangaaaaaaat baik! Allah, nak kata terharu, teruja, tereksited dengan profesor dan doktor yang jadi pensyarah kat sini. Doktor dari overseas pun ada. Takyah pi overseas dah. haha *tetiba teringat Dr. Hisham dari Iraq. Baik dan hensooom*  

 Le sweet roomate housemates and lecturemates lepas jamuan pre med :')

Groupmates. Group 3 :)


Ambik gambar right after last paper semalam. Ambik gambar dengan Dr. Ijah comel, 
cam tak cam je mane lecturer mana student. keh keh

Dah semua gambaq pulak nak ade ferame ._. Gambar batch tak jumpa pulak bila cari. Okkkayy, parents dah datang. Doakan kami dapat sambung usb lagi. Insya Allah, future doctors semuanya. May Allah's blessings will always showered upon us.