Thursday, 8 November 2012

Saya Hodoh Tapi Saya Okay.

Bismillah.
Assalamualaikum. Sekarang ni aku rajin berblog-walking. Banyak bacaan luas pandangan. Bagi aku
best lagi blog walking daripada hadap or beli buku tebal menggunung. Macam-macam
maklumat je aku jumpa. Teknologi dihujung jari beb. Hahahaha.

Bak kata amel, tanpa kita sedari, kita menjadi seorang yang judmental. Menghakimi luaran dan fizikal
semata-mata dan mencari kesalahan serta kekurangan orang lain. Kemon la, setiap orang ada kekurangan dan kelebihan. Ada yang cantik ada yang hodoh, ada yang pandai ada yang bodoh, ada yang gemuk ada yang kurus, ada yang tinggi ada yang rendah cenonet comel-comel gitu. Ehhh ? *jangan terasa plisss. Hahahaha 


 Dah taknak bebel lagi. Sila baca SINI :) Blog ni jauh lebih best daripada blog aku. Penulis dia pelajar perubatan tahun akhir. Doktor wooo. Pergi ah usha usha sikit blog tu. Rajin-rajinkan diri untuk tingkatkan pengetahuan. Instead of hadap buku MUET :'( Kbai !


“Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama. 
Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para
hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta.
Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri..”

Wednesday, 7 November 2012

Kita Dan Sang Rama-rama.

Bismillahirrahmanirrahim.
Blog aku berwajah baru. Weewittt sweet tak ? Kayfine aku tahu background ni sangatlar gurlish. Dengan bunga bunga bagai, macam blog promote bunga pon ade. Hahaha. Itu namanya gatal tangan. Entah macam mana aku curious nak explore blog sendiri lepas tu main tukar-tukar background. Tangan gatal lagi pi blog walking sampai website ibu mengandung pon aku terbuka. Wakakaka. Baca ayat tu bebetul. 'Ter' okay. Aku baca sikit je pon, info am untuk aku jugak. Untuk mak cik baru aku ke ? Muehehehe

Macam biasa introduction dan mukadimah aku melalut tak kena dengan tajuk. Back to the topic, aku terbaca blog yang bertajuk ''Kita = Rama-rama''. So aku terinspirasi untuk buat entry ni. Sila faham aku bukannya saintis atau doktor haiwan nak explain details tentang species atau characteristics fauna ni tapi sebenarnya nak kaitkan kita sebagai manusia dengan Sang Rama-rama yang indah lagi unik ciptaan Allah ni :)

Subhanallah. Look at its wings, simple yet attractive :')


Oh mak aii ! Aku menjerit and terkejut tengok gambar ni masa tengah seronok seronok cuci mata search gambar butterfly. *ok menjerit tu tipu, shock je. Hehe. Sebelum jadi rama-rama yang cantik lagi unik tu, dia akan jadi ulat bulu yang macam gambar atas ni. Kemudian jadi kepompong barulah akhirnya jadi gorgeous butterfly. Again subhanallah. Sangatlar unik kehidupan fauna ni. Daripada seekor ulat bulu yang hodoh dan menggelikan then jadi kepompong


and eventually jadi rama-rama yang sangat cantik !


Jom baca puisi ala pantun ni.

Rama-rama terbang merata,
hisap madu di pokok bunga,
sungguh cantik aneka warna,
tapi sayang hidup tak lama.

Begitulah juga hidupnya manusia,
hidup singkat nyawa sementara,
pada Allah kita doa bersama,
Agar jadi insan mulia,
Syurga menjadi tempat tinggal selamanya.

Perjalanan hidup manusia hampir sama dengan rama-rama. Menjalani beberapa fasa kehidupan, susah payah, dipandang rendah, penuh dugaan dan cabaran akhirnya menjadi seekor haiwan yang unik dan terbang bebas. Tapi sayang hayatnya tak lama. Sama seperti manusia. Yea, kita semua. Kita diciptakan dengan cukup indah dan sempurna. Dengan kecantikan dan kelebihan yang ada, tak perlu angkuh dan sombong kerana semuanya hanya sementara. Umur yang dikurniakan singkat dan ajal menjemput tanpa mengira usia. Dari Allah kita datang, kepada-Nya juga kita kembali. 

الله يبارك فيك والأيام القادمة
May Allah bless you and the days come.