Thursday, 18 October 2012

Aebit dan Bunny.

Bismillah..

Tetiba teringat kat my beloved pet yang dah arwah masa aku baru sebulan kat palam. Aku and adik no 3 teringin nak bela salah satu spesis rodent yang comel lagi cute yang nama generalnye rabbit a.k.a arnab. Yang sekor kecik-kecik je badan dia namanya Aebit, sekor yang tembam sikit nama Bunny. Entah mana ntah datang nama tu. Haha.. Tapi kesian kat Aebit ni. Baru 2-3 bulan dibela dan ditatang bagai minyak yang penuh, dia jatuh sakit and eventually died. Masa tu adik call and said along, Aebit dah mati.
Waaaaa... rindu aku la tew T_T

Aebit & Bunny

Aku sayang lebih kat aebit sebab dia ni baik, dengar cakap, sopan lagi pemalu. Macam tuan dia jugak lah kan. Haha. Description 'personafikasi' yang hebat aku buat untuk aebit ni. Huhu.. Lagi satu aebit tak kuat makan macam Bunny -.-' and nak mandikan dia pon senang. Kau main dengan aebit ni and nak cakap apa pun dengan dia cakaplah, its like faihtfully listen to your story :')

Sopan santun je makan, macam aku. muehehee.. xP


Masa berlalu dengan cepat and umur Aebit tak panjang. Betullah kata Afi, sibling SMA. Allah selalu ambil orang dan sesuatu yang kita sayang. Ada hikmah disebaliknya. Just trust that Allah is the Best planner. Kesian Bunny tinggal sorang. Dah la aku balik 2 bulan sekali. Hopefully aku dah buat yang terbaik sepanjang bela dia walaupun dalam masa yang singkat. Good bye Aebittttt... :'(


Wednesday, 17 October 2012

Great Journey :')

Bismillah..
Assalamualaikum. Lama dah aku tak update blog. *intro bosan -___- 
Busy woo dengan assignment, quiz, report, test, final, bla bla blaaa ~ Okay, memang tak patut salahkan semua tu. Macam orang lain ade extra hours pulak dalam life diorang. Rindu giler nak update blog, kalau ikutkan aku boleh create at least 5 entries sepanjang duduk kat palam, tapi semua tu simpan senyap senyap ketat ketat dalam hati dan akhirnye jadi debu-debu suci dibawa angin. Hiperbola tak hiperbola ayat aku ? Ngehehee..

And sekarang tak ade alasan untuk aku buat semua benda yang tertangguh tu sebab sekarang,
Semester Break ! uhuu uhhu ! siap highlight pinkk lagi aku tulis. Haaaa.. lama dah aku tunggu kau
Mr. holiday, come to Mama come ! hahaha. Terlebih sudeeeehh..

Sepanjang hampir 4 bulan aku duduk kat kondominium mewah lagi selesa kat PAlam tu, macam macam benda yang aku belajar yang aku rasa and itu pengalaman hidup yang sangat berharga bagi aku. Rasa menyesal pulak pergi nangis malam-malam masa result UPU keluar sebab tak dapat sambung medic kat uia tapi dapat asasi sains kat UiTM Puncak Alam. Padan muka, pergi nangis buat apa. Best tau duduk palam ! hewhew 

nampak tak kondo mewah tu. haha.. ni waktu first time jejakkan kaki kat sini.

Bila jauh dengan family, kita kena jaga setiap apa yang kita buat and kena sentiasa ingat harapan tinggi ibu ayah and family pada diri kita. Paling penting nawaitu dan tujuan datang ke sini. Anggaplah ia sebagai suatu ibadah di mana akan ade banyak cabaran dan dugaan yang bersedia untuk ditempuh.

Alhamdulillah. Sangat-sangat bersyukur Allah kurniakan orang sekelilingku baik semuanya. Mereka ibarat family kedua aku kat palam nie. Tanpa mereka, aku tak kuat. Tanpa doa dan dorongan ibu ayah, aku takkan stay kat palam. Dan tanpa semangat dari Allah, aku takkan mampu bertahan. Aku yakin akan segala kebaikan yang ade atas segala ketentuan yang telah ditetapkan. Owhh.. tulis entry nie buat aku emo. uhuu uhuu.. Terlalu bersyukur tak terkata. Again Alhamdulillah :')

dear housemates yang sangat Awesome !
dengan diorang lah aku menggila, gelak, sedih, menangis luahkan perasaan bagai. huhuhu..

ni pulak groupmates yang Sweet ! skema tak skema budak sains.
over excited pulak masa kelas malam-malam ni. hahahaha :P

ni adek beradek SMA yang sangat Best !  ''Work as a Team, Close as a Family''.
Korang hebat and terbaik =)

 my Dearest family ! first time woo upload gambar family kat public. semua kembang-kembang nak kena sumbat dengan Herbalife. muahahaha.. apa-apa pun Love you ollss and ollsss <3

Moga segalanya akan dipermudahkan dan terus dipermudahkan. Semester 2 menanti dengan cabaran yang lebih besar. Tapi aku yakin akan ketentuan-Nya. May Allah eases our journeys, strengthen our bondings and this relationships last till Jannah. 

''Yakinlah bahawa di setiap kesusahan, ada kesenangan''.
Janji Allah itu pasti.

InsyaAllah, doctor to be. Amin.. :)